Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Monday, August 31, 2009

Mengapa HPA?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mengapa perlu bersama-sama HPA? menggunakan produk HPA, mencari rezeki melalui HPA dan bersama-sama menyebarkan berita-berita berkaitan HPA?

Anda pasti tertanya-tanya mengapa ada sesetengah pihak yang terlalu sibuk mewar-warkan perjuangan HPA ni dan ada juga yang memandang HPA hanyalah salah satu syarikat MLM yang mencari peluang memerangkap pengguna seperti MLM lain yang diterajui oleh peniaga-peniaga bukan Islam dan Yahudi.

HPA merupakan singkatan kepada Herba Penawar Al-wahida yang diterajui oleh Tn. Hj Ismail bin Ahmad, seorang pakar herba yang banyak belajar dan mengkaji tentang HPA. Beliau merupakan generasi ke-3 dalam keluarganya yang menguasai bidang herba.


SEJARAH AWAL PENUBUHAN

Pada peringkat awal, HPA ditubuhkan dengan nama perubatan tradisional al-wahida pada tahun 1986 dan belum memasuki Multi level marketing. Walau bagimanapun, atas dasar memperjuangkan produk halal, syarikat ini dinamakan Herba Penawar Al-wahida pada tahun 1996 dan memasuki pasaran Multi Level Marketing pada tahun 1997. Tujuan utama penubuhan dan pemasaran melalui MLM adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memperjuangkan produk halal dan menyediakan alternatif makanan yang halal kepada umat Islam memandangkan pemakanan memberi pengaruh yang sangat kuat kepada amal ibadah dan pembentukan hati yang bersih. Hati, seketul daging dalam tubuh kita dimana letaknya iman dan nafsu. kalau daging yang terbentuk daripada makanan yang haram atau syubhah, pastilah nafsu akan lebih dominan menguasai hati kita.

Memandangkan terlalu banyak makanan pada masa kini dikuasai oleh peniaga-peniaga bukan Islam dan seringkali masyarakat Islam terperangkap dengan makanan-makanan yang syubhah dan HARAM tanpa disedari, HPA memikul tanggungjawab untuk menyediakan makanan dari sumber yang dijamin HALAL dengan kajian terperinci oleh pengarah urusan sendiri.
Banyak contoh-contoh yang boleh dipaparkan disini. antaranya, ayam di pasaran yang sangat diragui status halal...bukan kerana ayam itu haram, tapi kerana makanan yang diberikan kepada ayam tersebut adalah HARAM,secara terang-terangan mengandungi serbuk tulang, enzim babi dan insulin yang disuntik kepada ayam juga HARAM. ayam diternak dengan cara yang ZALIM dan haiwan yang dizalimi adalah HARAM dimakan.



(RUJUK buku HALAL-HARAM C.A.P)


MENGAPA MELALUI MULTI-LEVEL-MARKETING?

Diambil dari model da'wah Rasulullah, bukan dari perniagaan MLM biasa yang diamalkan oleh syarikat bukan Islam, Yahudi dan Zionist.



Beberapa sebab HPA memilih langkah MLMS sebagai landasan da'wah produk halal ini:

1. Mengawal penipuan dalam barangan yang dikeluarkan.
2. membuka ruang dan peluang da'wah kepada semua-Fardhu kifayah
3. Mendapatkan keyakinan dari umat Islam-mudah menyampaikan dan memberitahu perkara sebenar disamping mengajak memperbaiki hubungan dengan Allah.
4. Mengurangkan perantara antara pengeluar dengan pengguna, dimana perantara akan menyebabkan banyak penyelewengan dan pemalsuan maklumat.


untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, dan perkembangan semasa HPA, saya menyarankan agar sesiapa sahaja yang bergelar muslim agar bersama-sama memperjuangkan produk halal lagi barakah ini. Mulakan dengan mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dimana ia merupakan pendedahan awal kepada ahli yang baru bersama-sama dalam perjuangan ini. Sahutlah peluang yang ditawarkan kepada anda!!!

-PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA UMAT ISLAM!!!-

Selanjutnya

Friday, August 28, 2009

Rahsia solat dan waktunya




Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ilmu yang berguna patut dikongsi bersama walaupun sekadar peringatan.. Jangan lenggahkan solat ya.......banyak yang kita akan kerugian... Sesungguhnya Allah sbw amat mengasihi umatNya dan memberi banyak kelebihan kepada Muslimin Muslimat , hanya kita yang leka & lalai.. Bayangkan kalau khasiat" ini diketahui oleh orang-orang Yahudi atau Nasrani, ataupun Kafir Laknatullah! Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim.



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi,. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita




Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

sekian dan selamat beramal

Selanjutnya

Thursday, August 27, 2009

Wahdah dengan wajah baru

Kini Wahdah telah berwajah baru.... refill wahdah...lebih mudah digunakan N lebih cantik...(",)



Selanjutnya

Wednesday, August 26, 2009

Sampai di Cawangan Kuantan 1& 2

Assalamualaikum. salam ramadhan kepada semua. Alhamdulillah, produk keluaran HPA sampai lagi di cawangan HPA kuantan 1 dan kuantan 2. Deodorant yang merupakan keperluan harian semua, kini dapat diperoleh dari sumber yang diyakini halal. Syukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan HPA mengeluarkan barangan keperluan harian ini dan dapat kita guna tanpa ragu-ragu. dapatkan segera deodorant Radix men, Centella women, atau Centella mild di cawangan HPA kuantan yang terdekat dengan anda.




Harga ahli: RM 6.50/botol
Nilai mata: 1
Kandungan bersih: 60mL

Biru=Centella Mild

Ungu=Centella Women
Hitam=Radix Men


Dapatkan deodorant pilihan anda sekarang...!!

Selanjutnya

DARI KACA MATA

Assalamualaikum. salam ukhwah, salam mahabbah kepada semua. Salam Ramadhan Kareem buat yang bergelar Muslim. moga ramadhan menjadi bulan yang ditunggu-tunggu kedatangannya dan yang bakal ditangisi pemergiannya.

Pada keluaran kali ini, suka saya berkongsi beberapa pandangan berkaitan bentuk iris mata. saya yakin ramai dikalangan kita tidak pernah atau jarang sekali merenung dan meneliti bagaimanakah bentuk iris mata kita.

Apabila melihat cermin, yang diteliti seringkali rupa luaran, raut wajah, bentuk tubuh dan penampilan kita samada seiring dengan kehendak kita atau tidak. ramai juga yang tidak mengetahui betapa indah ciptaan Allah menjadikan iris setiap orang berbeza-beza. walau bagaimanapun, ada juga titik persamaan antara seseorang dengan orang lain pada kedudukan tertentu di iris kerana sebab-sebab tertentu.


Cuba Perhatikan...

..........

Adakah iris mata anda seperti ini???





ATAU





Seperti ini???



Kedua-dua individu diatas mempunyai corak anak mata yang berbeza. Walaupun iris mata tidak mempunyai fungsi utama bagi penglihatan, tetapi amat berguna dalam mengetahui kondisi tubuh anda. pada iris mata terdapat beberapa tanda yang boleh dilihat untuk mengesan tanda-tanda ketidaknormalan organ dalaman dan keadaan tubuh. Pengesanan penyakit melalui iris mata merupakan salah satu kaedah dalam ilmu iridologi dimana ilmu ini telah digunakan sejak zaman berzaman oleh perawat-perawat yang mengamalkan rawatan alternatif. Petunjuk keadaan tubuh melalui iris terbukti benar-benar boleh menunjukkan simptom-simptom yang dialami pesakit. walau bagaimanapun, untuk mendapatkan pengesahan, eloklah berjumpa dengan perawat atau ke hospital. Biasanya, pesakit yang kami syorkan ke hospital untuk mengesahkan keadaan-keadaan seperti yang telah kami kesan memberikan respon yang positif dimana doktor juga mengesahkan beliau menghadapi masalah tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut ilmu iridologi ini, Program PBC KKAP yang dianjurkan setiap bulan memberi anda peluang mengetahui dengan lebih lanjut tentangnya. dan dengan ilmu ini, dapatlah kita merawat dan mencegah diri dan ahli keluarga dari penyakit-penyakit yang merbahaya pada masa akan datang.

Jom ke PBC.....

Selanjutnya

Pesanan Rasulullah buat Saiyidina Ali

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya

1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia



Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya

1. Jujur dalam berkata-kata
2. Menjauhi segala yang haram
3. Merendahkan diri



Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya

1. Takut berlaku dusta dan keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman



Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya

1. Merahsiakan ibadahnya
2. Merahsiakan sedekahnya
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya



Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya

1. Mengawasi dirinya
2. Menghisab dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Selanjutnya

Sunday, August 23, 2009

ahlan wasahlan yaa Ramadhan




Alhamdulillah, kini ramadhan tiba lagi menjenguk kita..sesungguhnya Allah mndatangkan bulan ini utk memberi pluang kpd kita utk merebut seberapa byk pahala dan mmbaiki diri serta amalan kita..

insya Allah, bulan ramadhan ni sama2lah kita perbykkan amalan. solat tahajud,brsahur, tadarus al-qur'an, solat terawikh dan lain2 amalan sunat eloklah kita prbykkan. kerna ssungguhnya setiap amalan sunat di bulan ramadhan pahala yg kita dpt sama spt pahala amln wajib di bulan2 lain.. subhanallah, mudahnya nk dpt byk pahala..

bagi kluarga kami, apabila tiba ramadhan kami akan brlumba2 mmperbykkan bacaan tadarus al-qur'an. biasanya 1 juzuk sehari. alhamdulillah, satu al-qur'an dpt dihabiskn dlm masa sebulan berpuasa.

semoga kita terus beristiqomah dgn setiap amalan kita,sabda nabi s.a.w.:sebaik2 amalan ialah yg sdikit tetapi dilakukan berterusan....

selamat mnyambut bulan yg penuh keberkatan ni. insya Allah..
salam ukhuwah..

Selanjutnya

Wednesday, August 19, 2009

Iklan Radix coco kt tv9

Selanjutnya

Tuesday, August 18, 2009

Berpuasa dengan HPA


Selamat berpuasa. Apabila tibanya Ramadhan, kita mula tertanya-tanya, bagaimanakah caranya untuk berpuasa tanpa meninggalkan herba-herba amalan kita sehari-hari. Apakah yang boleh dan apakah yang tidak boleh?

Sebenarnya pengambilan herba juga adalah seperti biasa. Herba yang sepatutnya diambil pada waktu pagi bolehlah diambil pada waktu sahur. Herba yang sepatutnya diambil pada waktu tengahari boleh diambil ketika berbuka manakala herba yang biasa diambil pada waktu malam bolehlah diambil selepas Solat Tarawikh yakni sebelum tidur.

Adapun yang demikian itu, secara umumnya anda hanya perlu mengambil ubatan herba hanya dua kali sehari iaitu pada waktu sahur dan berbuka. Kurangkan herba yang bersifat panas atau pahit pada waktu sahur kerana ianya boleh membuatkan anda berasa kering tekak pada siang harinya. Lebihkan pengambilan herba bersifat sejuk seperti Malac dan Roselle untuk mengurangkan keperitan itu.

Jangan lupa, ambillah bersama Eq Minda pada waktu sahur untuk membekalkan anda tenaga agar boleh terus bekerja seperti biasa sehingga waktu berbuka. Kopi Radix terutamanya, jangan sekali-kali anda melupakannya. Insya-Allah, tenaga untuk terus beribadat akan sentiasa ada.

Selanjutnya

Boleh Taat Tapi Tidak Setia

Ada orang tidak taat dan tidak setia
Sama ada dengan Tuhan atau dengan manusia.
Itu perkara biasa.
Tapi adakalanya kita tidak sedari di dalam kehidupan ini
Sering berlaku kepada orang yang agak beragama
Boleh taat tapi tidak setia.
Sanggup menerima arahan tapi tidak ada tanggungjawab.
Boleh beribadah tapi derhaka
Boleh menerima suruhan tapi tidak beradab.
Teringat dosa kemudian melakukannya.
Boleh berbuat tapi tidak sempurna
Atau sanggup berkhidmat tapi tercacat dan tercela
Atau boleh taat tapi jiwa menderita.
Keindahan di dalam ketaatan tidak ada
Lazat didalam beramal belum dirasa.
Kerana itulah iman sentiasa yazid wa yanqus.
Adakalanya bertambah,adakalanya berkurang.
Dia tidak mahu bertambah dan terus bertambah.
Tapi janganlah berputus asa.
Lepas berbuat mengaku dosa.
Setelah berbuat mintalah ampun dan maaf.
Mintalah kepada Tuhan dengan rahmat-Nya terima jugalah.
Pohonlah kepada Tuhan Ar Rahman.
Dengan rahmat-Nya yang cacat itu tampunglah

Selanjutnya

Cinta Allah Vs Cinta Manusia

Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Khaifahalukum ya akhi wa ukhti.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana limpah dan inayahNya serta rahmatNya kita pertemukan oleh Allah S.W.T didalam ruangan yang tidak seberapa ini...

Didalam kesempatan yang tidak berapa banyak ini,suka saya berkongsi tentang apa yang dinamakan cinta kepada Allah dan cinta kepada Manusia.

Cinta ini boleh didefinisikan sebagai suatu perasaan kasih dan sayang kepada orang yang disukainya.Cinta bukanlah sesuatu perkara yang tidak elok kerana pada pandangan manusia sendiri,cinta ini adalah hubungan antara leleki dan perempuan yang bukan mahramnya dan hubungan sebelum ikatan pernikahan.Tetapi sebaliknya cinta ini sesuatu yang elok kerana bahkan kita hendak mengahwini seseorang yang tidak kita cintai..

Cuma bagaimana hubungan percintaan sebelum ikatan pernikahan.Adakah manusia itu akan BERKAHWIN sebelum BERNIKAH?

Cuba kita renungkan kembali sebagaimana Firman Allah S.W.T di dalam al-quran yang berbunyi:
"Sesungguhnya Aku(Allah) telah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan"

Em..mungkin kita terlepas pandang bahawa ramai manusia telah melakukan hubungan seksual disebabkan lemah iman mereka sebelum sah menjadi suami isteri.Terutama sekali Remaja kini yang suka melakukan perkara yang bercanggah dengan islam.contohnya mereka berdua-duaan ditempat yang ketiadaan orang. Dan yang lebih sadis lagi ialah Remaja itu tidak lain dan tidak bukan adalah remaja islamADAKAH ISLAM ITU HANYA PADA KAD PENGENALAN SAHAJA?BAGAIMANAKAH ISLAM HADHARI YANG BARU DIPERKENALKAN? Adakah cukup hanya membentuk kanak-kanak tadika sahaja?Bagaimanakah remaja yang telah terpesong ini.
Ramai remaja sekarang ingin meniru pelbagai aksi yang telah ditonjolkan oleh barat melalui Media Massa.Mereka terpengaruh dengan pelbagai perkara sedangkan mereka sendiri tidak tahu bahawa orang kafir sedang menyesatkan mereka.Ketahuilah bahawa orang Kafir tidak pernah akan redha akan orang Islam.

Lain pula cinta kepada Allah S.W.T.Orang mencintai Allah tidak pernah sedetik pun terlintas difikiran mereka untuk mencintai manusia.Ini kerana mereka menganggap manusia lain sama sahaja dengannya.Contohnya kita lihat seperti Rasullulah S.A.W.Beliau mencintai Allah S.W.T lebih daripada beliau mencintai isterinya.Beliau sanggup meninggalkan katilnya pada bulan Ramadhan semata-mata ingin bermunajat kepada Allah S.W.T.Contoh lain yang boleh dilihat lagi ialah Rabiatul Adawiyah yang terkenal sebagai seorang wanita yang cinta dan sayangnya hanya kepada Allah S.W.T.Beliau tidak berkahwin dan hanya bermunajat semata-mata kepada yang Esa.

Marilah kita sama-sama merenung kembali bagaimanakah kehidupan kita pada hari ini..Semoga Allah S.W.T mengampunkan kita dan menempatkan kita bersama-sama orang-orang yang beriman.....

WE LOVE ISLAM
MY LIFE AND DEATH ONLY FOR ISLAM.....

Selanjutnya

Adakah Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas????

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti.Rindu sungguh hati ini bila menyebut tentang Ramadhan.Lebih-lebih lagi tinggal berapa hari sahaja lagi nak sambut Ramadhan.Topik ini mungkin tidak suka untuk dibicarakan kerana bulan Ramadhan ini dianggap menyusahkan.Tetapi tidak bagi orang yang menghayati apa itu Ramadhan dan orang yang benar-benar ingin mendekatkan diri kepada Allah.

Manusia adalah sebaik-baik manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Kita dihidupkan adalah untuk beramal ibadah kepadanya.Jadi peluang yang datang ini kita rebutlah sama-sama kerana Ramadhan hanya datang sekali setahun sahaja.

Bulan lain mungkin kita tidak sempat untuk beribadah dengan penuh khusyuk disebabkan urusan duniawi yang tidak pernah habis.Rebutlah peluang keemasan ini dengan amal ibadah dan ketaqwaan kepada Allah.

Ingatlah!!!!

Sesungguhnya Allah Taala itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Dalam kesempatan ini teringin untuk saya berkongsi hadis tentang bulan Ramadhan.Sabda Rasullulah s.a.w:"Ketahuilah bahawa malam-malam Ramadhan itu terbahagi kepada tiga,10 malam yang pertama merupakan rahmat,10 malam pertengahan adalah keampunan,dan 10 malam terakhir itu pula pembebasan dari api neraka(nau'zubillah... mohon dijauhkan dari api neraka)

Salam Mubarak dari PL MUS'AB B.MD YUSOF

Selanjutnya

Monday, August 17, 2009

Salam Ramadhan Dari Kami Warga KKAP

Kini Ramadhan tiba lagi. Begitu pantas masa berlalu tanpa kita sedari kita akan bertemu Ramadhan semula. Alhamdulillah...rahmat Allah datang lagi.

Apakah persiapan kita menghadapi Ramadhan? Sibuk menyiapkan baju raya? Kuih raya? Bagaimana dengan tadarus Al-Qur'an dan Solat Sunat Tarawikh kita? Kebiasaannya Ramadhan hanya meriah pada minggu pertama. Ini dapat dilihat dengan jelas, kebiasaannya surau yang tak pernah dilimpahi manusia mula dibanjiri sehingga tidak muat saf untuk jemaah. Lebih-lebih lagi pada awal Ramadhan. Umat Islam sangat gembira menyambutnya.

Namun menjelang pertengahan Ramadhan, jemaah mulai susut saf demi saf. Menjelang akhir Ramadhan, hanya tinggal imam dan bilal yang menutup tirai Ramadhan. Berbeza sekali dengan umat Islam di zaman Rasulullah dan para sahabat. Di akhir Ramadhanlah mereka mula memanjangkan tahajjud, kerana di akhir Ramadhanlah terdapat maghfirah, keampunan Allah. Allah menjanjikan malam Al-Qadr, yang tidak diberi pada umat lain selain Umat Muhammad. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Kami dari warga KKAP mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Almubarak, semoga Ramadhan kali ini membuka lembaran baru dalam hidup kita bersama HPA.

"Selamat berpuasa, selamat bersahur, selamat bertarawikh, selamat bertadarus dan selamat menjalani tarbiyah Ramadhan".

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang beruntung, Amin...

"Ya Allah, kami memohon berilah kami kekuatan untuk beribadat kepadaMu dalam Ramadhan ini. Kuatkanlah tulang belakang kami agar kami mampu bertahajjud kepadaMu..."

Selanjutnya

Bekam dari sudut islam

Bekam dari perkataan "Al-hijamah" yang bermaksud mengeluarkan darah kotor.Bekam adalah satu sunnah yang telah diajarkan oleh rasullulah.rasullulah akan melakukan bekam apabila dia berasa sakit kepala dan sakit badan.Berbekam ini telah diwahyukan oleh allah s.w.t kepada rasullulah.ini kerana pada zaman itu ramai penduduk mekah(penduduk madinah) yang mengalami sakit.allah ta'ala telah mengutuskan malaikat untuk mengajar kepada nabi.(wallahua'lam)
info bekam akan menyusul lagi.

Selanjutnya

Jihad Ekonomi

Assalamualaikum. Alhamdulillah, pada malam 16 ogos 2009, Dr. Yusof selaku pengerusi KKAP telah turun ke Kuala Lumpur demi menyahut seruan perjuangan ekonomi. Beliau telah dijemput oleh pengerusi masjid untuk membuka 'booth' di perkarangan Masjid selayang sempena forum Jihad Ekonomi yang diadakan di masjid tersebut.
Berikut sempat saya rakamkan beberapa foto sekadar perkongsian bersama untuk menyalurkan semangat kepada semua dalam memulakan semula perjuangan kita yang belum terhenti. Ayuh sahut seruan jihad ekonomi ini disamping jihad lain demi menegakkan semula kalimah Allah yang agung diatas muka bumi.
HPA!!!
BOLEH!!!
Gempur!
Radix Insya Allah!!!




Dr. sedang menerangkan sesuatu kepada pengunjung booth

sibuk menguruskan booth

PJS Aminah sedang mendiagnos penyakit



dari belakang tabir...eh, gerai...

Selanjutnya

Sunday, August 16, 2009

GULA DAN MANUSIA




Gula dan manusia.
Sejauh manakah pentingnya gula dalam kehidupan kita? Bagaimanakah yang dikatakan pentingnya gula dalam kehidupan? Gula merupakan antara makanan penting dalam pemakanan kita. Tanpa gula pahitlah kopi kita. Tanpa gula tiadalah enaknya meminum teh lagi. Namun tanpa kita sedari, gula juga merupakan antara musuh utama yang perlu kita awasi. Tersilap langkah, seumur hidup kita merana. Tersasul cara buruk padahnya.



Baru-baru ini kita digemparkan dengan krisis gula di pasaran. Gula dikatakan sangat terhad dan sukar diperolehi. Bagi kami sekeluarga, kami menggunakan produk HPA dalam kehidupan seharian. Sejak kami mengamalkan kopi radix, kami meninggalkan sepenuhnya minuman lain yang bukan keluaran HPA. Jadi permintaan gula di rumah hanya 1kg untuk lebih kurang 40 hari. Sudah kurang benar kami menggunakan gula. Terutama gula putih yang dikenali sangat tidak elok untuk kesihatan. Kami menggunakan gula perang dalam minuman kami seperti Teh herba, Teh Roselle dan sebagainya.Kami juga tidak sedar akan masalah kekurangan gula di pasaran.




Sedar-sedar sahaja ketika saya membuat order belian di cawangan, pihak cawangan menyatakan di utara masalah ini sangat serius sehingga produk-produk HPA yang menggunakan gula sudah mula berkurangan. Berkurangan benarlah nampak gayanya. Misalnya kordial Roselle dan Asiatica yang sangat tinggi permintaannya. Begitu juga dengan minuman berkarbonat. Justeru itu saya menyarankan anda kunjungilah segera cawangan berdekatan anda. Dapatkan stok minuman berkarbonat jika anda memerlukannya bagi Hari Raya Aidilfitri yang mendatang ini. Saya tidak berani jamin barang tersebut masih banyak kerana kebanyakan cawangan sudah mula kehabisan stok minuman berkarbonat ini.

Gula dalam HPA adalah pada kuantiti yang sangat terkawal. Jika anda mengambil produk yang mengandungi gula, jangan lupa untuk mengambil bersama Teh Herba dan Kopi Radix, Insya-Allah anda akan lebih sihat. Biiznillah.

Selanjutnya

Saturday, August 15, 2009

PRODUK BARU LAGI...1234....

SARDIN HPA...Nantikan kemunculannya...

InsyaAllah tidak lama lagi kita akan mempunyai produk sardin dalam tin . Ini sebagai pilihan kepada umat Islam yang mahukan sardin yang halal dan dibuat oleh syarikat bumiputra. Hari ini status halal yang digunakan oleh HPA bergantung kepada kelulusan halal jakim. Saya menjangkakan hujung bulan ini dah boleh dipasarkan. InsyaAllah.
Dengan ujudnya pengetingan sardin,ia akan membuka jalan bagi produk pengetingan yang lain. Amin.

sumber: Tinta Pengarah Urusan

Selanjutnya

Wednesday, August 12, 2009

emel Pilihan-Apakah Nasib Peniaga Bumiputra

masalam_letter.jpg
masalam1.jpg
en_don.jpg
en_don_2.jpg
en_don_3.jpg
en_don_4.jpg
en_don_5.jpg


Apakah nasib peniaga Bumiputra???

Mari kita renungkan nasib yang menimpa peniaga bumiputra menjelang Ramadhan!

Diskriminasi berterusan ke atas peniaga bumiputra, dahulu kejadian ini pernah berlaku di Negeri Kelantan kini telah “merebak” ke Negeri Selangor!

Apakah masalah ini tidak boleh di bendung oleh pihak berkuasa?? Apa yang berlaku di Plaza Masalam, Selangor ini begitu mengguris hati peniaga bumiputra. Mereka tidak dibenarkan lagi berniaga di sana. Berbagai cara digunakan bagi menghalang perniagaan diteruskan, mereka telah meletakkan pokok-pokok bunga berhampiran dengan tempat perniagaan tersebut!

Adalah difahamkan premis ini dihalang dari menjalankan perniagaan kerana mengganggu kawasan pejalan kaki. Menurut pemilik premis, tapi ini cuma alasan dangkal yang diberikan oleh pihak pengurusan bangunan.

Adalah diharapkan Kerajaan Negeri Selangor memberi perhatian yang serius menangani masalah peniaga-peniaga bumiputra di Negeri Selangor ini.

Mereka mestilah mendahulukan rakyat Negeri Selangor, bukannya mengikut telunjuk pihak pengurusan bangunan yang dipercayai “pihak asing” dan begitu sombong dengan mengatakan kepada pemilik premis, “you can make any report, anywhere, we don’t care” .

Apakah Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan pepatah, kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Atau adakah unsur-unsur RASUAH terdapat disini??

Ini adalah disebabkan menurut pemilik premis, beliau adalah pesaing kepada satu premis yang lain. Adakah “sesiapa telah menerima sesuatu” dari seseorang?


Friday 31 July 2009 - 16:58:43
sumber: web rasmi PPIM

Selanjutnya

PENANGGUHAN PBC OGOS

Assalamualaikum.
atas sebab-sebab tertentu seperti penularan wabak influenza H1N1 yg sedang melanda negara kita, dan bilangan institusi kerajaan dan swasta yang terpaksa ditutup semakin meningkat, kelab mengambil langkah berjaga-jaga dengan menangguhkan PBC pada bulan ini ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian. dibawah adalah berita dari sumber Berita Harian bertarikh...(hari nie)...
Jadi, marilah sama-sama kita solat hajat n doa banyak2, koreksi diri kita dan amalkan pencegahan dan perawatan seperti yang disarankan oleh tn. hj. ismail...semoga Allah bantu kita dalam menghadapi ujian (tentera Allah) yang sedang melanda...

Selanjutnya

Awas wabak H1N1

Rela duduk wad


ANAKANDA Tengku Puan Pahang (dari kiri), Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menerima rawatan di wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Tengku Puan Pahang tak mahu penyakit berjangkit

KUALA LUMPUR: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bersama lima anaknya, rela ditahan di wad dan tidak dikunjungi suami serta pelawat kerana tidak mahu wabak itu menjangkiti orang lain.

Tunku Azizah berkata, baginda tidak berkecil hati kerana terpaksa tinggal dalam wad pengasingan bersama anak-anak, malah turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) melarang Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melawat selepas kembali dari London, petang semalam.


"Saya bersyukur kerana rawatan yang diberikan doktor berjaya mengurangkan kesakitan, tetapi kami perlu ditahan di wad sehingga pulih sepenuhnya. Biarlah kami saja di sini bersama doktor dan jururawat sebab saya tidak mahu penyakit ini berjangkit kepada orang lain.


"Ketika sakit seperti ini, semestinya saya mengharapkan kehadiran suami dan anak-anak memerlukan bapa di sisi, tetapi saya tidak berkecil hati jika Tengku Mahkota tidak dapat bersama kerana kesihatan baginda lebih utama," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Lima anak baginda - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, dan Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, dimasukkan ke wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Jumaat lalu.

Tengku Puan pula disahkan menghidap H1N1 sehari selepas itu. Baginda dan Tengku Mahkota sebelum itu berada di London bagi menyaksikan perbarisan tamat latihan anak sulung mereka, Tengku Amir Nasser Ibrahim di Royal Military Academy, Sandhurst, tetapi terpaksa pulang awal, Sabtu lalu, bagi menemani lima anak baginda di HTAA.

Menceritakan saat cemas apabila dimaklumkan lima anak baginda dijangkiti H1N1, Tengku Puan berkata:

"Saya menangis apabila diberitahu lima anak di Kuantan menghidap H1N1, terutama apabila mengenangkan seorang daripada mereka mengalami asma yang mungkin menerima risiko tinggi akibat penyakit maut itu, sedangkan ketika itu saya dan suami berada di London.

"Memang sukar menerima kenyataan yang akhirnya anak saya turut menjadi mangsa, terutama apabila mengetahui H1N1 boleh menyebabkan kematian jika penghidapnya mengalami penyakit seperti asma dan radang paru-paru.

"Saya tidak henti berdoa semoga semua anak selamat dan sepanjang dalam penerbangan pulang ke Malaysia, fikiran saya berkecamuk memikirkan nasib mereka," katanya.

Tengku Puan berkata, baginda bergegas pulang untuk memberi sokongan moral dan menenangkan lima anaknya yang ketika itu sangat lemah akibat jangkitan H1N1.

"Tengku Mahkota yang terkejut dengan berita itu menawarkan diri untuk pulang, tetapi saya melarang kerana baginda turut mengidap asma dan berisiko tinggi jika dijangkiti H1N1. Sebaik sampai di Kuantan, saya terus melawat anak di HTAA dan keadaan mereka ketika itu sangat lemah, muntah dan tidak berselera makan.

"Apabila tidur malam, mereka meracau kerana bermimpi yang bukan bukan. Paling membimbangkan, suhu badan mereka tinggi sehingga mencecah 40 darjah selsius. Akibat berada di sisi mereka, saya akhirnya turut dijangkiti H1N1 dan wad ini tidak boleh dikunjungi orang ramai," katanya.

Mengenai keadaan baginda dan anak-anaknya, Tengku Puan bersyukur kerana suhu badan mereka sudah menurun selepas diberikan antiviral, Tamiflu.

"Cuma Tengku Hassanal yang masih panas badannya, tetapi keadaan semua anak, termasuk Tengku Ahmad Ismail yang menghidap asma, sudah semakin stabil walaupun mereka belum berselera makan," katanya.

Mengumpamakan diri baginda dan anak-anak bagaikan makhluk asing disebabkan semua doktor dan jururawat perlu memakai pakaian khas daripada kaki hingga ke kepala ketika merawat mereka, Tengku Puan berkata, pengalaman dilaluinya kali ini sungguh mencabar kerana lima anak dan dirinya diserang sakit serentak.

"Saya bagaikan hilang arah kerana H1N1 bukan penyakit biasa, sebaliknya banyak kematian dilaporkan di negara kita. Ketika itu, perasaan pilu melanda kerana terbayang sukarnya saya mendapatkan cahaya mata, tetapi kini semua mereka diserang penyakit maut itu," katanya.

Tengku Puan berkata, seorang daripada pengasuh anaknya turut dijangkiti H1N1 dan dirawat di hospital sama, manakala tujuh lagi dikuarantin di rumah selepas mendapat tanda diserang penyakit berkenaan.

"Ketika mula dijangkiti H1N1, saya menghubungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan keadaan kami dan setiap hari, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menelefon untuk bertanyakan perkembangan kesihatan kami.

"Saya juga bimbang kerana adik, Tunku Mariam yang turut menghidap asma dan anaknya, yang membantu menjaga lima anak saya sementara menunggu ketibaan saya ke HTAA, kini sakit dan mempunyai simpton H1N1 dan mereka sudah menjalani pemeriksaan di Kuala Lumpur tetapi belum mendapat keputusan lagi," katanya.

Tengku Puan juga menasihatkan orang ramai supaya tidak bersikap lewa dan menganggap H1N1 seolah-olah tidak berbahaya dengan membawa anak ke tempat awam yang dikunjungi ramai.

"Malah, pada ketika Kuantan dilanda wabak ini, masih banyak pihak yang menganjurkan pesta keraian.

"Sepatutnya, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan termasuk memakai topeng muka dan selalu mencuci tangan. Paling menyedihkan, sekolah masih terus dibuka walaupun ramai murid yang sakit.

"Guru hanya mengarahkan mereka pulang, sedangkan langkah paling tepat yang patut diambil ialah menutup sekolah bagi menghalang wabak penyakit itu menular," katanya.

Selanjutnya

Saturday, August 8, 2009

KHALIFAH FIL ARDH...

Kalau mahu jadi Khalifah fil ardh berpeganglah pada 3 kekuatan iaitu kekuatan aqidah,kekuatan ekonomi dan kekuatan akhlaq yang mulia.Kekuatan aqidah akan menjana kehidupan hamba yang bebas dari rasa kebimbangan pada apa jua persoalan hidup kerana jelas jalan yang dipilihnya adalah keredhaan ilahi.Sekuat mana dugaan yang mendatang dilihatnya tak ubah seperti debu-debu halus yang melekat pada pakaian.Kemanisan itu terbit dari hati yang sedang luka tersepit.Padanya janji tuhan itu sahaja yang pasti sekalipun dia tidak mengerti kenapa jadi bagitu dan bagini.

Kekuatan Ekonomi pula menjadikan dia seorang pemimpin pada mata dunia .Zaman akhir kini perlukan benda juga untuk menakluki hati yang telah mati namun jangan sampai benda terlekat pada hati nanti ia akan menjadi sombong dan lupa diri.Jika benda diletakan pada telapak tangan,benar-benar ia akan menjadi ubat buat menyembuhkan penyakit cinta dunia dan takut mati.

Akhlaq pula bagai lampu terang yang menyuluh dan sesiapa yang nampak cahayannya akan datang kerana ia adalah sebuah keperluan.Akhlaq bukanya membuang kehidupan tetapi mengambil kehidupan dengan jalan yang sangat terhormat.Ia menerbitkan rasa cinta dan sayang pada semua Insan lebih lebih lagi dizaman yang sudah hilang contuh seperti akhlaq Nabi.Akhlaq sebenarnya buah dari pohon takwa yang dasarnya menunjang tauhidnya kedalam bumi ma'rifah.Tidak mampu bagi tubuh kasar untuk menyelaminya melaikan dia sebuah hadiah dari tuhan yang mengenalinya.Beruntunglah sesiapa yang mampu sampai kesitu.

sumber: tinta pengarah urusan HPA

Selanjutnya

DAYA TAHAN MENGHADAPI UJIAN...H1N1

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan" . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-
1. IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x3
3. Madu corcinium - 2 x 3
4. kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .

Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.

sumber: Blog Pengarah Urusan HPA

Selanjutnya

MARI BERSAMA KAMI DIBARISAN HADAPAN

BAGAIMANA???

  • HADIR KE KELAS MINGGUAN
  • BAWA SERAMAI MUNGKIN DOWNLINE ANDA KE PBC
  • HADIR PROGRAM-PROGRAM HPA
1. KULIAH PERUBATAN JAWI
2. PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG
3. MAJLIS-MAJLIS RASMI HPA
  • TUKAR SEMUA PRODUK HARIAN ANDA DENGAN BARANGAN KELUARAN HPA
  • SENTIASA MENGUNJUNGI CAWANGAN HPA TERDEKAT DENGAN ANDA
  • SOLAT JEMAAH DI CAWANGAN...(HIDUPKAN CAWANGAN HPA)
  • SENTIASA UPDATE INFO2 TERBARU DARI PJS2 ANDA
  • ERATKAN UKHWAH ANTARA AHLI...(be friendly(",))

Selanjutnya

MENGAPA PERLU PBC?

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog. PBC kelab Insya Allah akan diadakan setiap bulan jika tiada aral merintang. pada bulan ini kelab telah menetapkan tarikh PBC adalah pada...(seperti yg telah diiklankan di atas)... Mengapa anda perlu hadir dan melibatkan diri dalam PBC?
Jawapannya mudah...
1. anda akan dapat pelbagai ilmu(Perubatan, Produk HPA, Rohani dll)...
2. mengenali Hadiah Pemberian Allah(HPA)...
3. mendiagnos dan merawat penyakit
4. bagaimana mencegah diri anda dari serangan penyakit masa kini dan akan datang
5. mendapat pangkat pertama(PLX)
6. mendapat bonus mengikut pangkat selepas maintain 300NM
7. mengenali herba dan penyakit
8. mengenali produk, kegunaan dan khasiatnyadan banyak lagi faedah lain....

Hadir sendiri ke program untuk mengalami "percutian minda" ini

Bagi yang pernah menghadiri Program Perkongsian Bijak Cemerlang ini, adakah anda sekadar memajukan diri sendiri tanpa mengajak keluarga, rakan2 dan jiran2 anda bersama2 dlm perjuangan produk halal ini?

Ajak downline2 anda yg masih belum berpeluang menghadiri "percutian minda" ini pada PBC kali ini!!!
HPA BOLEH!!!
Gempur Radix Insya ALLAH!!!

Selanjutnya

KERIANGAN DI PBC



Selanjutnya

Friday, August 7, 2009

organisasi kkap edisi 2

Pengerusi kelab: PJS PJM Dr. Hj Mohd Yusof b. Sidek

Naib Pengerusi: PJS PJI Aminah bt Mamat

Setiausaha : PJE Md Asyraf b. Md Yusof

Naib Setiausaha: PJ Ahmad Damanhuri b. Abd Rashid

Bendahari: PJE Nur Alyani b. Md Yusof

Naib Bendahari: PJ Farhana bt. Md Yusof

Herbalis Kelab:
1) PJ Nurul Akmar bt. Md Yusof

2) Ainun Zariah bt Abdul Jalil
3) Mudirriah bt Bakri
4) PJ Haslan b Nasir

Exco PBC dan Kelas: PJ Md Farhanuddin b. Md Yusof
AJK PBC dan kelas:
Fazros b. Arif

Mastura bt Muhammad
Mohd Zin b Jusoh

Exco Kebajikan dan Cenderamata: PJ Umi Kalsom bt Zakaria@ Daud
AJK kebajikan dan cenderamata:
PJ Syuhaida bt Atan

Azizah bt Mamat
Aminah bt Othman

Exco Publisiti: PJ Badaruddin b. Sulong
AJK Publisiti:
Muhammad N0r Akram b. Nasirudin

Mohd Ikhwan b. Md sidek
Zura bt Ariffin

Exco Teknikal: Mohd Tahar bin Husin

AJK Teknikal:
Tuan Osman bin Tuan Ismail

Hamidon b. Jais


Exco Multimedia: Mohd Shalizam b. Mohd Mustaffa
AJK Multimedia:
Mohd Mus'ab b. Md Yusof

Fatimah Azzahidah bt Md Yusof

Tahniah Kepada Exco dan AJK yang telah dilantik. semoga kita dapat memberikan komitmen dalam sama-sama memperjuangkan produk HPA hingga ke akhirnya...!!

Selanjutnya

Pembukaan 45 cawangan baru menjelang 2010

HPA kini menggiatkan lagi usaha bagi menggenapkan 200 cawangan dan kios di seluruh negara sebelum berakhirnya tahun 2009. Setiap zon di mestikan membuka 10 cawangan baru dan 5 cawangan di Malaysia Timur. Cawangan yang banyak akan memudahkan ahli-ahli bagi mendapat produk halal terutamanya produk-produk yang sukar disimpan dengan banyaknya di stokis-stokis. Penambahan stokis juga akan berlaku mengikut jumlah penambahan PJS, dimana setiap PJS perlu mewujudkan 5 stokis sebulan. Dengan peningkatan jumlah stokis dan cawangan dijangka ahli-ahli yang aktif boleh dipertingkatkan. Amin.

sumber: http://jawiherbshop.blogspot.com/

Selanjutnya

Wednesday, August 5, 2009

Pekeliling pelantikan PJS 2009

  • Kepada :
    PRESIDENT KELAB ZON
    SEMUA PENGARAH JATI SETIA( PJS )

    Pihak syarikat telah menetapkan satu pekeliling baru bagi lantikan Pengarah Jati Setia ( PJS ). Maklumat lantikan adalah seperti dinyatakan di bawah:
    1. Lantikan Mutlak Pengarah Jati Setia ( PJS ) dilantik oleh Pengarah Urusan HPA Industri Sdn Bhd,Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad.
    2. Kelayakan Lantikan PJS hendaklah mencapai bonus bulanan Ringgit Malaysia Lima Ribu Ke atas ( RM5,000).
    3. Lantikan PJS juga dilihat dari persepsi keperibadian seseorang itu ( cth : Seorang yang bertanggungjawab, berhemah tinggi, boleh menyelesaikan masalah, berdisiplin, kemas, berketerampilan, mempunyai jiwa yang sanggup berkorban demi melihat HPA terus dipertahankan dan lain lain lagi ).
    4. SYARAT PENILAIAN DI PERINGKAT KELAB ATAU ZON.
    1.SILA NYATAKAN TIGA ( 3 ) NAMA PJS YANG MENYOKONG ANDA.
    2.PJS TERSEBUT HENDAKLAH SUDAH MEMPUNYAI STATUS AHLI TIGA TAHUN DARI TARIKH LANTIKAN.
    3.KELULUSAN LANTIKAN PJS TERSEBUT HENDAKLAH DARIPADA TIGA ( 3 ) DAERAH / ZON (CTH : DARI ZON TIMUR, ZON UTARA DAN ZON TENGAH).
    4.PJS TERSEBUT HENDAKLAH BUKAN DARIPADA KUMPULAN SI PEMOHON (BUKAN DARI GROUP SENDIRI).
    5.SEKIRANYA ANDA BERSETUJU, SILA LENGKAPKAN BORANG SEPERTI YANG DI LAMPIRKAN.
    6.KEPUTUSAN LANTIKAN HENDAKLAH DI BUAT OLEH AHLI LEMBAGA TRIBUNAL MENGIKUT ZON MASING - MASING.
    7.BORANG INI HENDAKLAH DI COP SECARA RASMI OLEH MAJLIS TRIBUNAL ZON MASING - MASING.

    Yang benar,
    EN.MOHD FAISOL BIN ABD RAHMAN
    PENGURUS BESAR
    AL WAHIDA MARKETING SDN.BHD

Selanjutnya

Monday, August 3, 2009

PBC bulan Ogos 2009

Insya Allah...
PBC KKAP bg bulan OGOS 2009
Tempat: Sanctuary Beach Resort
Tarikh: 15-16 ogos 2009 (2hari 1 malam)
Bayaran: RM150/person (termasuk penginapan dan makan)
Untuk mendaftar, hubungi Ahmad Damanhuri : 013-9982028

Selanjutnya

organisasi KKAP


Bismillahirrahmanirrahim. buat masa ini organisasi KKAP masih belum lengkap lagi. walau bagaimanapun, suka saya mengajak pengunjung blog mengenali dengan lebih dekat lagi pengasas kelab ini.
Hj Md Yusof bin Md Sidek merupakan seorang Doktor dalam bidang homeopathy. beliau telah menyertai HPA sejak tahun 1998 lagi seiring dengan tertubuhnya Pusat Rawatan As-Syifa' iaitu klinik alternatif tempat beliau dan keluarga mencari rezeki.
beliau merupakan salah seorang Pengarah Jati Setia (PJS) yang ada di Pahang, selain 3 orang lain yang turut sama menggerakkan HPA di negeri Pahang ini. Dibantu oleh PJS Aminah binti Mamat, isteri beliau, mereka telah menjayakan pelbagai program HPA antaranya PBC yang diadakan setiap bulan. Harapan kami agar semua ahli yang bernaung dibawah KKAP dapat sama-sama menghidupkan kelab ini sebagai salah satu wadah perjuangan kita dalam HPA ini, Insya Allah.

Selanjutnya