Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Saturday, November 14, 2009

Herbalis Muda kali ke-2



Assalamualaikum.
Disini ada berita baik untuk adik-adik yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang herba dan mendapatkan sijil herbalis dibawah program HPA. sempena cuti sekolah ini, HPA akan menganjurkan satu lagi program sijil Herbalis Muda seperti maklumat berikut:

Tarikh program: 1 Disember 2009 Hingga 11 Disember 2009
Bayaran : RM 750 SAHAJA (berbanding RM 2500 bagi sijil herbalis biasa)
Terbuka kepada Muslimin dan Muslimat berumur 13 tahun sehingga 17 tahun SAHAJA

Dapatkan Borang Pendaftaran disini: http://hpa.com.my/kembara/herbalismuda.doc

Mereka yang mendaftar dan membuat bayaran awal akan diberikan keutamaan. Kos bayaran tersebut sebanyak RM750.00 Peserta akan diajar bagaimana membuat perawatan dan cadangan herba yang tepat.

CARA BAYARAN

Anda boleh membuat pembayaran dengan cara BANK IN YURAN KEPADA BIMB A/C NAMA: Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA)– No A/C: 09010010002734

MAKLUM BAYARAN

Selepas membuat bayaran, sila maklumkan segera KEPADA : hpa4online@yahoo.com Atau SMS kenombor Hotline HPA: 0139299944(hotline hpa).

Pembayaran perlu dibuat sebelum 27 Oktober 2009



Selanjutnya

Friday, November 13, 2009

Salam satu simpati pada Muhamad Kamal Ismail



Sumber dari blog GM

Salam semua sekali
Mungkin ada yang sudah menerima kabar ini dan mungkin juga ada yang belum. Muhammad Kamal Ismail adalah staff saya di bahagian pemasaran. Musibah yang tidak di jangka menimpa anak perempuan beliau Najihah (5 tahun) yang kini terlantar di Hospital Besar, Kangar akibat pendarahan otak dah hampir sebulan. Baru-baru ini Najihah telah menjalani pembedahan di bahagian tengkorak kepala bagi membuang pendarahan beku. Namun masih belum berhasil dan akan di pindahkan ke Hospital Besar Penang dalam waktu terdekat.
Hulurkan sumbangan sebagai tanda simpati dan mohon doakan kesejahteraan mereka.
Sumbangan boleh di online terus ke akaun beliau
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KANGAR
09 010 02 0116634
MUHAMAD KAMAL ISMAIL


Kamal dan Najihah
*kepada bloger yang link to HPA sila link info ini.

Selanjutnya

Wednesday, November 11, 2009

Pasaran ayam kita (ayam organik HPA)

KENYATAAN RASMI GM AL WAHIDA

Berikut adalah kenyataan resmi mengenai penarikan ayam organik HPA:
Pihak pengurusan mengambil keputusan menarik semua stok ayam organik di pasaran kerana beberapa faktor seperti berikut:

1. Memastikan ujud sisitem Standard Operation Prosedure mengenai pengurusan stok ayam di cawangan bagi memastikan kualiti ayam terjamin.

2. Memastikan selepas ini akan di catitkan tarikh ayam di sembelih bagi kepuasan pengguna.

3. Mengemaskini pengurusan pusat penyembelihan supaya lebih bersistematik.

Namun disini saya ingin menegaskan penarikan ayam organik tidak ada kaitan dengan berita di KOSMO dan METRO tempoh hari dan saya telah pun membuat penjelasan.

Operasi RFC dan RCH tetap berjalan seperti biasa kerana telah wujud SOP pengurusan ayam.
Insyallah ayam akan kembali memenuhi pasaran dalam tempoh selewat-lewatnya 45 hari.

P/s: Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh GM di blog GM dan di blog MIS pada 4 november 2009. tunggu 38 hari lagi untuk terus menikmati ayam kita... Insya Allah

Selanjutnya

Nak Travel, Tapi UBAT GIGI HERBA HPA besar sangat...

Hah, takkan la nak beli colgate yang travel pack pulak... ni ha, HPA dah keluarkan ubat gigi miswak, kotaknya lebih kecil, mudah nak simpan dan dibawa kemana-mana aje. Harap-harap kita dapat la istiqamah dengan HPA... Sebagai orang Islam, kita kena la bermujahadah, sentiasa istiqamah membersihkan diri dan daging-daging kita nie dari makanan-makanan yang syubhah yang masuk dalam badan kita nie... takkan dah lupa kenapa kita boikot sangat ubat gigi berserbuk tulang...? Harapnya kita terus istiqamah, untuk iman yang ada dalam hati kita jugak kan?



Berikut adalah maklumat berkaitan ubat gigi miswak:
harga pengguna:-
Semenanjung Malaysia: RM 5.00
Sabah&sarawak: RM 7.00

Harga Pengedar HPA:-
Semenanjung Malaysia: RM 4.00
Sabah& Sarawak: RM 6.00

Nilai mata: 1

Bezanya ubat gigi ini dengan ubat gigi herba HPA, ubat gigi ini telah dicampur dengan serbuk kayu sugi, yang kita semua ketahui mempunyai khasiat yang tinggi untuk penjagaan gigi dan mencegah bakteria dari bertambah didalam mulut ... macam dalam iklan colgate tu, bakteria tidak bertambah dalam mulut walaupun anda memberus gigi setiap pagi ^_^

Ayuh Tukar!!! GEMPUR PRODUK HALAL!!! SELAMATKAN DIRI DAN SAUDARA SEISLAM KITA!!!

Selanjutnya

Sunday, November 8, 2009

NUGGET AYAM HPA DAN RADIX STRAWBERRY



Alhamdulillah, HPA terus melangkah ke hadapan dengan mengeluarkan produk-produk makanan harian. Satu lagi produk sejuk beku yang berasaskan ayam organik HPA kini sudah sampai di cawangan Kuantan. Rasanya jika sudah tiba di Kuantan maka sudah tentulah ianya sudah lama berada di pasaran di seluruh semenanjung Malaysia.

Rasanya cukup enak, mungkin setanding nugget ayam biasa di pasaran. Namun bezanya nugget kita adalah sangat diyakini Halal lagi baik, Halalan Thoyyiba. Kualitinya juga cukup baik.

Maklumat mengenai Nugget Ayam HPA;
Harga Pengedar RM12
Harga Pengguna RM13
Isi Kandungan 1kg
Nilai Mata 2



Menarik,bukan? Ya, warnanya yang merah kelihatan sangat menarik. Kini satu lagi keluaran dari kilang minuman air berkarbonat HPA sudah pun berjaya mengeluarkan Radix Strawberry. Berdiri sama gah sebaris dengan Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren dan Radix Aiskrim Soda.
Kini boleh didapati dalam 2 edisi, 1.5 liter dan 500ml. Cubalah hari ini!

Maklumat Radix Strawberry;
1.5 liter - Harga Pengedar RM3.30
Harga Pengguna RM3.50
Nilai mata 1.0
500ml - Harga Pengedar RM2.00
Harga Pengguna RM2.50
Nilai mata 0.3

Selanjutnya

SUASANA PBC KKAP NOVEMBER 2009

Barisan Kepimpinan KKAP yang turut menjayakan program


Alhamdulillah, bertemu lagi dalam entri yang seterusnya. Program PBC baru sahaja berakhir petang tadi. Dalam kepenatan, semangat perjuangan ini masih tetap utuh dan membara.




Kami selaku AJK dan barisan kepimpinan KKAP yang menganjurkan PBC kali ini sangat gembira dan berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh semua peserta. Peserta-peserta kali ini kami lihat begitu teruja dengan ilmu-ilmu yang diperoleh sepanjang program 2 hari 1 malam ini.



Satu kelainan di PBC kali ini, kami menyediakan pemeriksaan mata bercetak kepada peserta-peserta untuk membantu mereka dalam pelajaran Iridologi. Justeru mereka dapat menilai masalah diri sendiri disamping mempelajari ilmu tersebut. Kami juga menyediakan nota-nota pembelajaran untuk membantu kefahaman peserta.

Berdasarkan maklum balas dari peserta, mereka nampaknya berpuas hati dengan program PBC kali ini. Program berakhir dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta-peserta kursus dan majlis bersurai sekitar jam 4.30 petang.

Barisan kepimpinan KKAP mengucapkan syukran jazilan kepada semua yang turut menjayakan program 2 hari 1 malam ini. Semoga Allah memberkati majlis kita dan semoga kita bertemu lagi pada PBC yang akan datang, 12 & 13 Disember 2009.

Selanjutnya

Tuesday, November 3, 2009

PEKELILING - MESYUARAT TERGEMPAR KKAP November







Assalamualaikum.

Kepada semua AJK, STOKIS, DAN LEADER Kelab Kepimpinan Al-Wahida Pahang



Pemberitahuan Mesyarat Pada (6 November 2009):

Tarikh: seperti tertera diatas
Hari: Rabu
Waktu: bermula Jam 8.30 malam
Tempat: Cawangan HPA Kuantan 1 (dewan mesyuarat cawangan, seperti mesyuarat yang lepas)
Agenda: Pengagihan tugas PBC dan perkara-perkara berkaitan PBC akan datang.

Kehadiran semua pemimpin KKAP adalah wajib.

Perjuangan Produk Halal Tanggungjawab Bersama!

Selanjutnya