Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Tuesday, October 20, 2009

Sejarah PBC

Suasana PBC Yang Pertama Di HQ HPA Industries Sdn Bhd, Arau Perlis

Program PBC atau PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG ini adalah kesinambungan daripada program PERKONGSIAN BIJAK ( PB ) yang mula diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn Bhd pada 2 Disember, 2005.

Program PB asalnya (3 hari 2 malam) ini diadakan adalah hasil dari cetusan rasa hati Pengarah Urusan HPA itu sendiri yang ingin melihat pengedar-pengedar di bawah anak syarikatnya; Al Wahida Marketing Sdn Bhd mendapat bonus atau pendapatan yang lumayan seperti pengedar syarikat MLM yang lain.

Hasil daripada perbincangan dengan pemimpin-pemimpin HPA yang masih setia dan yang berpengalaman luas dalam MLM seperti CIKGU MURAD, maka Program Perkongsian Bijak atau ringkasnya PB telah diwujudkan dengan pihak HPA sendiri menjanjikan untuk menganugerahkan pangkat PENGURUS MELATI (PLX) dengan bonus 20% kepada setiap peserta program yang memenuhi syarat-syarat minima yang ditentukan.

Hasil dari program PB yang diadakan sepanjang tahun 2006 di seluruh Malaysia, jualan syarikat telah meningkat dengan ketaranya dan bonus pemimpin dan pengedar yang menghadiri dan menghantar peserta jaringan mereka telah melonjak secara drastik.

Fenomena ini berlaku kerana dalam program yang diadakan; peserta telah diberikan kesedaran, suntikan semangat dan pengalaman berharga dari pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk membimbing mereka dengan modul-modul khas yang sangat menarik semua golongan.

Masakini, melalui program PBC ini ramai pengedar telah berjaya mencapai bonus 5 angka (>RM10,000 sebulan) dalam masa yang singkat sahaja.

No comments:

Post a Comment