Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Saturday, October 3, 2009

BESI KURSANI UNTUK PENGUBATAN

Ia adalah sejenis batu yang mengandungi zat besi (fe) sehinggakan jika didekatkan dengan magnet ia akan tertarik. Batu ini digunakan sebagai bahan ubatan untuk melancarkan perjalanan darah dan membetulkan saraf. Jika anda menghadapi masalah gangguan saraf,anda akan dapat merasai kesan aliran eletrik ringan apabila batu ini digenggam dalam tangan.
Batu ini ini juga sekali gus mengembalikan fungsi organ-organ dalam tubuh manusia. Kajian kepada pengguna yang bermasalah menunjukan terdapat respon positif kepada sistem kelenjar tubuh badan dan sistem imuniti.
Dalam kitab perubatan Melayu besi kursani dijadikan sebagai bahan untuk menguatkan tubuh badan. Ramai juga pengguna yang menjadikan besi ini untuk perkara-perkara syirik pada Allah. Ini amatlah ditegah dan bercanggah dengan konsep perubatan Islam. Pemujaan keris dan batu cincin tidak boleh mengislamkan seorangpun manusia malah lebih menyesatkan aqidah. Oleh itu jika ada orang yang menjual batu ini dengan gambaran mistik "tinggalkan dia" dan jangan bersubahat dalam urusan dosa yang tidak berampun.

No comments:

Post a Comment