Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Sunday, October 25, 2009

Penggunaan Herba dan Kopi Radix

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya menulis sesuatu untuk dikongsi bersama. terima kasih kepada sahabat yg rajin bertanya tentang pelbagai masalah berkaitan penggunaan produk HPA. Saya pun bukan orang yang fakih tentang herba dan perawatan, tapi berbekalkan ilmu yang sedikit, dititipkan oleh Tn. HJ sendiri ketika di Program PIC yang lalu, ditambah dengan sedikit ilmu Allah yang saya pelajari dalam kuliah, dapat juga saya kongsikan sedikit ilmu ni dengan sahabat-sahabat.

Post kali ni, saya cuma nak berkongsi tentang herba yang boleh dan tak boleh dicampur sekali dalam kopi radix atas sebab-sebab tertentu.bagi sesetengah orang yang tak suka telan kapsul HPA, dan taknak bancuh herba tu dengan air suam, mereka lebih suka campurkan dengan kopi radix. tapi, kena tengok jugak herba apa yang nak dimasukkan dalam kopi.




Beberapa herba TAK BOLEH dicampur untuk kebaikan si peminum jugak. antaranya ialah herba yang bersifat pahit. herba yang bersifat pahit seperti imt, mengkudu, pelawas, dan lain-lain tak boleh dicampur dalam kopi. ini akan mengurangkan rasa asli kopi radix. selain itu, sifat pahit ini juga tidak sesuai kepada orang yang ada masalah darah rendah sebab akan mencairkan darah. seeloknya ambil dengan madu untuk mengurangkan simptom2 darah rendah(pening, rasa nak pitam dll).

Herba yang bersifat masam macam roselle dan stoma-k pun tak boleh dicampur sekali dengan kopi. rasa masam tu akan mengatasi rasa sedap kopi radix.

selain itu, herba yang dari sumber ikan seperti omega-3, mega-3 dan shark; herba softgel; HERBA EKSTRAK seperti d'det, d'deu, d'karm, deep C juga tidak digalakkan untuk campur dalam kopi radix.

Seelok-eloknya kalau anda tak biasa telan kapsul tu, bancuh dalam air suam, secara berasingan mengikut ubat dan di kacau/godak sebanyak 300 pusingan lawan jam(lebih kurang 2 minit). ini untuk memecahkan dinding selulos herba tersebut untuk keluarkan khasiatnya yang tersembunyi dalam dinding selulos tu. biarkan herba mendak di bawah dan hanya minum air nya sahaja. kalau nak tau maklumat yang lebih terperinci, rajin-rajin la lawat blog Pengarah Urusan...banyak khazanah ilmu yang dapat kita perolehi disana =)



Sumber: Blog PU, KuliahPerubatanJawi, Sumber ilmiah lain,
Kelab Kepimpinan Alwahida Pahang

No comments:

Post a Comment