Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Saturday, October 3, 2009

PENGGUNAAN PRODUK MAKANAN LEBIH KREATIF

Cara masak satay HPA yang betul

Kalau anda pernah beli satay HPA, cuba perhatikan apa akan terjadi bila satay di panggang semula atas api atau dipanaskan dalam oven. Daging ayam akan mengecut dan menjadi tak berapa enak untuk di makan. Di sini saya nak berkongsi cara memasak semula satay HPA dan menikmati satay yang lazat dan berkhasiat. Satay HPA sebenarnya menggunakan ayam yang telah diproses dengan kaedah masakan.

Jadi, untuk mengelakkan satay jadi kecut bila dimasak semula, masukkan satay ke dalam kuah satay yang dipanaskan. Sebelum tu, tambah sikit air ke dalam kuah satay supaya kuah tak jadi terlalu pekat dan proses pemanasan satay sekata. Selepas satay yang beku dah cair dan kuah pun dah likat sedikit, anda boleh hidangkan untuk menjamu seisi keluarga. Selamat mencuba.

HPA ada ‘Sundae’

Anda boleh cuba menyediakan sundae sendiri dengan menggunakan ais krim toyyibah dan produk-produk HPA yang lain. Masukkan ais krim ke dalam bekas, mangkuk atau cawan, kemudian letakkan kordial HPA (mangga @ roselle @ asiatica @ kurma @ jambu) di atas ais krim atau letakkan jem HPA (nenas @ roselle) untuk makan aiskrim toyyibah secara kreatif. Selamat mencuba.

IDEA ASAL: Kelab Kepimpinan Al-wahida Pahang

No comments:

Post a Comment