Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Sunday, October 11, 2009

JAMUAN AIDILFITRI KKAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog, ahli-ahli kelab dan sahabat handai, pejuang-pejuang HPA yang dirahmati Allah sekalian.

Berita baik buat semua Ahli kelab KKAP dan sahabat-sahabat KPA, KPU, KPT, CRC, etc...

Pada penghujung bulan syawal yang mulia ini, kelab kepimpinan al-wahida pahang (KKAP) bersama Pengerusi kelab (PJS Dr. Hj Md Yusof Sidek) akan menganjurkan Jamuan Alidilfitri seperti butiran dibawah:

Tarikh: 18 Oktober 2009 bersamaan 29 syawal 1430
Hari: Ahad
Tempat: Perkarangan Pusat Rawatan As-syifa'
Masa: bermula jam 3 petang dan kemungkinan berakhir awal malam

Agenda-agenda menarik:
Jamuan aidilfitri
BBQ (ayam organik HPA)
Pertandingan menganyam ketupat
Cabutan bertuah
Persembahan nasyid
Dan pelbagai aktiviti menarik lagi
(aktiviti dan butiran lanjut akan di 'update' dari semasa ke semasa)

Hadiah-hadiah menarik dan misteri menanti anda...

Kemudahan tempat solat disediakan atau boleh ke masjid Al-hidayah yang berdekatan dengan Pusat Rawatan As-syifa'

Kad jemputan kepada VIP,VVIP dan VVVIP akan diedarkan sendiri oleh pengerusi kelab untuk memaklumkan dan menjemput secara rasminya pengerusi kelab-kelab HPA yang lain.

Semua ahli KKAP di serata Malaysia, Brunei dan sabah sarawak dijemput hadir untuk mengeratkan lagi ukhwah kita sebagai pejuang-pejuang dan penyokong-penyokong HPA.

Pengesahan kehadiran, sila hubungi PJ farhana, PJ farhan, PR azzahidah dan PL Mus'ab (di kaunter pertanyaan di sebelah kanan blog) atau datang ke Pusat Rawatan As-syifa' untuk maklumat lanjut.

"menyemai Ukhwah, Menyubur mahabbah"




Related Posts with Thumbnails

No comments:

Post a Comment