Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Monday, October 26, 2009

Makan Sayur Rahsia Umur Panjang

Kosmo! hari ini 26 Oktober 2009, Isnin


KALAWANTI menerima ciuman daripada cicitnya, Ravitari, 19,
di rumahnya di Pulau Pinang semalam.


PULAU PINANG - Sentiasa mengamalkan makanan berasaskan sayur-sayuran menjadi rahsia kepada seorang wanita, I. Kalawanti yang didakwa sudah berumur 112 tahun dan dipercayai merupakan penduduk Malaysia paling tua setakat ini.

Menurut anaknya, S. Geeta Devi, 54, ibunya atau nama sebenar Parvathy yang berasal dari Kampung Punjab, India telah berkahwin dengan seorang peniaga sebelum datang ke Pulau Pinang selepas Perang Dunia Pertama pada awal 1920-an.

"Ibu hanya makan sayur-sayuran sepanjang umurnya dan akan sentiasa bergerak aktif. Itu merupakan rahsia ibu panjang umur," dedahnya kepada pemberita di sini semalam.

Geeta, yang bekerja sebagai peguam berkata, ibu mempunyai lapan orang anak, 13 cucu dan dua cicit tetapi masih mampu mengenali kesemua ahli keluarganya.

"Ibu suka bermain dengan tocangnya yang dihiasai bunga melur dan masih ceria walaupun berkerusi roda sejak 10 tahun lalu," ceritanya.

Difahamkan, ahli keluarganya telah melaporkan keistimewaan Kalawanti kepada pihak Malaysia Book of Records tetapi tidak dapat mengesahkan usianya kerana tiada sebarang dokumen kelahiran.


P/s: Selain mengambil sayur-sayuran, mengamalkan herba-herba terpilih (HPA) juga boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan mendapat penyakit akut dan kronik, biiznillah...

No comments:

Post a Comment