Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Sunday, October 11, 2009

Kursus Penghayatan HPA PJS darjah awal kali ke 3

Kursus penghayatan HPA darjah awal kali ketiga telah diadakan di dewan HPA Cawangan Aman Jaya Sg Petani seperti yang diwawarkan sebelum ini.Pada kali ini seramai lebih 50 orang pemimpin PJS daripada Kelab Pemimnpin Utara,Kelab Pemimnpin Timur,Kelab Pemimpin Tengah serta pemimpin-pemimpin dari Sabah juga Sarawak telah turut turut serta .

Pada kali ini kursus dihadiri kebanyakan pemimpin-pemimpin lama atau veteren HPA yang cukup menceriakan suasan sepanjang program.Antara pengisian program adalah Slot Ceramah “Teruskan Niat” yang disampaikan oleh Ust Ahmad Adnan bin Fadzil.Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil juga turut menyampaikan ceramah MLM Syariah. Seterusnya para peserta bersama di dalam aktiviti LDK dengan membincangkan beberapa persoalan berkaitan MLM Syariah.

Program turut diisi dengan ceramah perkembangan terkini HPA yang disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA,Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad.Walaupun di dalam situasi agak keletihan kerana baru tiba dari Jakarta, namun pengarah urusan telah berkorban meluangkan masa untuk bersama pemimpin-pemimpin PJS HPA di dalam kursus yang dijalankan.Pada hari yang kedua,PJM Encik Murad bin Bakar pula telah mengisi slot kursus dengan pembentangan cadangan beberapa tambahan pembaikan pelan pemasaran HPA yang baru. Kursus diakhiri dengan sesi perbahasan dan soal jawab bersama pengurus besar AWM,Encik Mohd Faisol bin Abd Rahman.Alhamdulillah..dan tahniah kepada HPA dan seluruh PJS yang turut serta.



SUASANA DI DALAM KURSUS PENGHAYATAN PJS

No comments:

Post a Comment