Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Tuesday, September 7, 2010

ISU: KERANG ATAS DARAH BABI

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/09/07 HARIAN METRO
KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.
KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi   di pasar Chow Kit.
KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.
Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging

Selanjutnya

Saturday, August 21, 2010

BUAH TANGAN RAMADHAN DARI KELAB KEPIMPINAN ALWAHIDA PAHANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah, sedar tidak sedar kita telahpun memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Masih tidak terlalu lewat untuk kami mengucapkan selamat mengimarahkan penghulu segala bulan yang kita tunggu-tunggu ini. Tibanya Ramadhan kali ini, juga merupakan tanda aras usia blog ini dilancarkan (1 tahun) iaitu pada bulan ramadhan tahun lalu. Pada tahun yang lepas, kita telah berkongsi beberapa tips berpuasa dengan HPA. Dalam mengerjakan ibadah puasa, kita masih boleh mengekalkan pengambilan makanan kesihatan seperti biasa, cuma dos dan waktu pengambilan perlulah di 'adjust' untuk membolehkan kita menjalankan ibadah puasa tanpa mudharat. artikel yang lepas bolehlah dirujuk [disini].

Pada tahun ini, KKAP ingin berkongsi beberapa tips penting lain yang menjadi amalan Rasulullah ketika menjalani ibadah puasa sepanjang hari di bulan Ramadhan. Antara tips yang penting perlu dititikberatkan ialah pengambilan makanan pada waktu sahur dan waktu berbuka puasa.

Bulan Ramadhan sangat dikenali umum dengan bulan pesta ibadah. Setiap perlakuan baik yang kita lakukan bukan sahaja diberi ganjaran pahala yang berlipatganda dari Allah, tetapi sebenarnya menjana kesihatan tubuh yang berpanjangan.

Contoh amalan Rasulullah yang semakin kita lupakan ialah menjamah kurma dan air dicampur madu ketika berbuka puasa dan terus menunaikan solat maghrib sebelum makan malam. hikmah pengambilan makanan dalam kuantiti yang sedikit ketika berbuka puasa adalah untuk mengelakkan berlaku masalah perut lemah kerana terpaksa memproses makanan dalam kuantiti yang banyak sedangkan ketika itu perut tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk bekerja. Pengambilan kurma dan air madu misalnya, membekalkan tenaga segera kepada tubuh selain tidak membebankan perut untuk memproses makanan. ia malahan membantu sistem pencernaan untuk berfungsi dengan lebih baik apabila menerima makanan berat kerana kurma merupakan buah yang paling tinggi kandungan seratnya berbanding buah dan sayur serta makanan lain. Manis buah kurma adalah sumber glukosa dimana glukosa merupakan tenaga segera kepada tubuh yang lemah. tenaga segera disini bermaksud, gula dalam kurma tidak perlu diproses dan terus dapat digunakan oleh tubuh sebagai tenaga.

selain itu, banyak lagi amalan Rasulullah pada bulan ramadhan yang memberikan hikmah dan kebaikan kepada kita seperti melewatkan waktu sahur dan mengawalkan berbuka puasa, menjalankan tadarus dan menambah ilmu agama. setiap kebaikan yang kita lakukan akan diganjarkan pahala berlipatganda dari Allah S.W.T.
selamat menjalani ibadah puasa dan selamat mengejar maghfirah Allah di pertengahan bulan ini. Wallahua'lam.

Selanjutnya

Thursday, July 8, 2010

Kenaikan harga kopi radix

Assalamualaikum. pertamanya, penulis ingin memohon maaf atas ketiadaan post baru selama beberapa lama. mungkin bagi ahli2 HPA di kampung2 yang tidak mengenal dunia internet tidak kisah akan hal ini, tetapi menjadi masalah kepada ahli yang banyak bergantung kepada internet untuk menambahkan pengetahuan tentang HPA dan perkembangannya.
Daripada tajuk yang jelas diatas, kami bukanlah orang yang tepat untuk mengomen, apatah lagi hendak melontarkan tohmahan demi tohmahan atas tindakan HPA menaikkan harga kopi radix.

Suka kami mengajak anda berfikir secara positif terhadap kenaikan harga produk yang kita kenali sebagai produk killer HPA ini. bagi setiap tindakan yang HPA ambil pastilah ada sebab dan musabab yang munasabah bagi pihak pengurusan. jika ditimbang semula, harga kopi radix yang baru, bagi radix jumbo adalah sama dengan harga omega softgel (60 biji) iaitu 10 pv bagi RM28.

Beberapa isu yang perlu kita pertimbangkan sebelum mengkritik keputusan ini adalah seperti penggunaan produk-produk kesihatan lain yang ada dalam HPA yang masih boleh menggantikan pengambilan kopi radix yang sangat kerap. pelbagai produk lain yang sudah seperti 'hidup segan mati tak mahu' dalam HPA tidak digunakan oleh ahli mahupun bukan ahli berbanding kopi radix. kalau anda pengguna yang prihatin, anda pasti dapat melihat corak kenaikan dan penurunan harga yang dilakukan oleh HPA. seiring dengan kenaikan kopi radix, banyak lagi produk lain yang telah diturunkan harga, untuk mengimbangi pasaran HPA dan menjadikan total (dalam RM) menurun seperti sediakala.
Kalau anda masuk HPA hanyalah untuk menikmati kopi radix dengan harga ahli, anda pasti akan merasa rugi, bukan saja dari segi kewangan (budget yang semakin meningkat), tetapi kesihatan tubuh anda hanya boleh dicapai dalam masa yang singkat dan sukar dikekalkan. 'sinergikan' kopi radix dengan produk kesihatan lain seperti minuman2 yang baru sahaja diturunkan harga hujung bulan lalu. Masih banyak produk HPA yang perlu kita ketengahkan dengan mencuba dan mengamalkannya. jika bukan kita yang mempromosikan produk-produk kita, siapa lagi?
Adakah mahu disuruh musuh-musuh yang cuba meruntuhkan perjuangan produk halal kita untuk mencuba dan mempromosikan produk kita? Fikir-fikirkanlah...
Wallahua'lam.

Selanjutnya

Monday, May 24, 2010

Perpindahan HQ ke Shah Alam.

Assalamualaikum. Alhamdulillah, seperti yang telah kita sedia maklum, pejabat HPA akan berpindah ke Shah Alam, iaitu di menara HPA (Gambar). Panorama dari tingkat atas bangunan sangat indah dengan pemandangan padang golf dan air pancut di sekitarnya.
Perasmian HQ baru ini akan berlangsung pada tarikh yang akan diberitahu kelak, dengan mengharapkan kehadiran lebih 2000 ahli untuk menurunkan tandatangan untuk terus setia dengan perjuangan HPA kelak. Tarikh akan ditentukan, paling lewat adalah dalam pertengahan bulan julai. Majlis tidak akan dibuat secara besar-besaran, cuma bacaan doa selamat dan kunjungan ahli-ahli HPA sahaja.
Oleh itu, semua ahli digalakkan untuk turut serta dalam menandatangani kesetiaan anda bersama HPA.
Untuk makluman, urusan jual beli bangunan ini telahpun selesai dan Alhamdulillah, HPA telah membeli bangunan ini secara tunai (berkat sokongan kita semua) tanpa hutang. urusan penyerahan kunci juga telah dilakukan pada minggu lepas, dan insya Allah majlis perasmiannya akan diadakan tidak lama lagi. sama-sama kita berdoa agar urusan penambahbaikan syarikat kita ini berjalan lancar dan diberkati Allah. amiin.

Selanjutnya

Thursday, May 20, 2010

Kelas Mingguan KKAP (19 mei 2010)

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, pada hari rabu yang lepas, KKAP seperti biasa dapat mengadakan kelas mingguan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kelab seperti yang telah diamanahkan oleh HPA.
info terkini kelas:

Kehadiran: 30 orang [ahli sekitar kuantan, felda panching, balok, ahli dari kuala lumpur]

Perbincangan:
1. Motivasi HPA
2. diagnose penyakit melalui tapak tangan dan Iridologi
3. Pengenalan produk
4. Refleksologi
5. Profil syarikat
6. Motivasi Pemakanan
7. tidak lupa juga CABUTAN BERTUAH nilai mata kelas untuk memenangi lawatan ke CHINA!



Slot tambahan pada Meeting kali ini "GEMPUR FIRST AID HPA"
Untuk mengetahui info-info menarik mengenai slot tambahan menarik setiap minggu, datanglah beramai-ramai ke kelas mingguan. anda boleh merujuk sendiri sebarang masalah berkaitan HPA dengan PJS2 KKAP.

Jom ramai2 ke KELAS MINGGUAN KKAP pada setiap hari RABU, 8.30 MALAM (boleh solat isya' berjemaah di Dewan atas cawangan kuantan 1)

"kehadiran ke meeting mingguan sangat membantu anda memahami HPA dan perawatan Islam dengan lebih mendalam!"


Selanjutnya

Tuesday, April 27, 2010

kenyataan rasmi isu kopi radix palsu dan kopi radix dibawah harga



Salam kepada semua pembaca blog. petikan dari blog GM HPA adalah seperti berikut:

Kejadian ini (tajuk diatas) kembali berulang dan dilakukan oleh sendikit “TAUKEH” yang sememangnya terkenal dengan istilah “KALAU TIDAK PENIPU MAKA ITU BUKAN TAUKEH”. Sah mereka ini sering kali memberi ancaman kepada kita khususnya umat Islam yang ingin mensukseskan perniagaan HALAL & TOYIBAN. Tektik mereka sungguh licik dan amat susah di kesan. Diantaranya adalah seperti berikut;

i) Berpura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.
ii) Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan akibiti haram ini. Malangnya ada yang sanggup mengadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini di kesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.
iii) Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.

Justeru itu pihak HPA dengan resminya mengistiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua KOPI RADIX yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU.
Pihak HQ dengan ini akan tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX.
Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu pasaran KOPI RADIX masakini.
Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu gugat keharmonian pasaran ini.

Kepada pembaca blog ini sila sebarkan segera kepada blog-blog yang lain.

Selanjutnya

Monday, April 5, 2010

Jangan Mencipta Alasan!

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Melainkan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan dengan kesabaran"

Demikian yang telah termaktub dalam kitab suci Al-Qur'an yang menjadi pedoman seluruh umat Islam di akhir zaman. Kerana di akhir zaman inilah Umat Islam kian leka, hanyut di bawa arus dunia. Saya yakin, ramai yang telah pun menghafal surah ini. Tak perlu saya nyatakan dari lembaran mana surah ini. Tapi berapa ramai yang mengambil iktibar dari firman Allah ini?

Jika anda menghadiri kelas mingguan, saya yakin banyak ilmu yang akan anda perolehi. Saya ingin mengajak anda menyelusuri rentetan sirah Islam yang telah banyak disembunyikan dan tak kurang juga telah diselewengkan sebahagian besarnya dari pengetahuan kita umat Islam. Di kelas mingguan, bukan sahaja maklumat baru mengenai HPA yang akan kami war-war kan. Tetapi juga mengenang kembali perjuangan sahabat2 Nabi Junjungan kita Muhammad SAW - Tariq Bin Ziyad, Salahuddin Al-Ayyubi, dan ramai lagi.

Lagi sirah-sirah Islam yang menyayat hati dan menghiris emosi di Andalusia. Bagaimana kejatuhan sebuah empayar Islam setelah berjaya menakluk 2/3 dunia.

Apakah rahsia di sebalik 'April Fool'? Apakah rahsia di sebalik 'Valentine Day?'. Semua ini akan kami dedahkan di kelas-kelas mingguan. Ayuh! Jadilah kita sebagai umat Islam yang mencontohi Nabi kita, yang sentiasa tak pernah puas menuntut ilmu. Jangan mencipta seribu satu alasan, kerana semua itu akan membawa anda kepada kerugian, seperti yang telah pun tercatat dalam Surah di atas.

Ayuh saudaraku! Jumpa anda di sana!

Selanjutnya

Friday, March 19, 2010

Junjungan Tercinta(TUJUH SUNNAH DALAM SEHARI)

Awwalul kalam, bismillahirrahmaanirrahiim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sekalian pembaca....
segala puji ke hadrat Ilahi atas segala kurniaanNya buat kita semua.kita masih lagi dapat merasai segala nikmatNya..seharusnya kita sentiasa bersyukur moga2 segala nikmat ini memberi manfaat buat kita semua...
selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
mungkin para pembaca merasakan muqaddimah saya terlalu panjang,
namun begitulah muqaddimah dalam setiap ucapan sebagaimana yang diajar oleh junjungan tercinta, baginda s.a.w...
adab memulakan ucapan~mulakn dengan nama Allah, kemudian ucapan salam, kemudian puji pujian ke atasNya,dan seterusnya selawat ke atas baginda s.a.w.
Seharusnya kita sebagai umat yang dicintai baginda dan mengaku cintakan Rasulullah s.a.w. harus sentiasa berusaha mengikuti sunnah baginda walaupun tidak dapat mengamalkan secara keseluruhannya.

Di sini, saya ingin berkongsi sesuatu yang baru dibaca dari buku yang berjudul~mengikuti sunnah nabi Muhammad s.a.w.
Memang banyak sunnah baginda, namun 7 sunnah ini adalah yang dilakukan baginda setiap hari.

apa yang dilakukan baginda ketika mula mula bangun tidur ialah 1-menunaikan solat tahajjud.
2-membaca al-qur'an sementara menunggu azan berkumandang.
3-apabila mendengar azan berkumandang, baginda segera ke masjid untuk solat subuh berjemaah.
4-selesai solat subuh, baginda akan menyedekahkan harta kepada mereka yang memerlukan.
5-Apabila tiba waktu dhuha, baginda akan menunaikan solat dhuha.
6-Baginda sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'.
7- Baginda sentiasa perbanyakkan zikir dan selawat..

Barangsiapa mengamalkan tujuh sunnah ini dalam sehari, nescaya akan mengecapi segala nikmat kesenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, sebagaimana yang diimpikan oleh setiap insan yang mencintai Allah dan Rasulnya...

Syukran 'ala kulli hal..........
moga kita semua beroleh hidayah dan petunjuk daripadaNya...
Dan moga2 kita mendapat manfaat daripada apa yang disampaikan...
Mungkin kita tidak mampu mengamalkan semuanya..namun harap kita sentiasa berusaha ke arah memenuhi sunnah baginda..
Marilah berganding bahu menuju syurga hakiki di akhirat yang abadi...

Sesungguhnya MATI itu benar, SYURGA itu benar, dan NERAKA itu juga benar.....
manusia itu sering leka maka salinglah perngatkan antara satu sama lain...
Jadilah jiwa yang sentiasa hidup subur dengan cinta kepada Allah dan Rasulnya..serta kasih sayang kepada sekalian makhlukNya...

Salam ukhuwah dan salam perjuangan...
HIDUP ADALAH SATU PERJUANGAN....

Selanjutnya

Saturday, February 27, 2010

Doa Pada Setiap Hari

Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa setiap tutur katanya yang diulang-ulang setiap hari merupakan satu doa buat dirinya sendiri? Kita sering mengeluh 'tiada duit' setiap hari, justeru kita akan sering berasa kesempitan dan kekurangan wang kerana kata-kata kita telah pun diperkenankan Allah.

Satu contoh yang suka saya kongsikan, sebuah pasaraya milik bumiputera di Kuantan ini yang sangat tersohor dan dikenali...'TERUS MAJU'. Apakah kaitannya dengan tajuk ini? Pasaraya ini asalnya hanya pasaraya biasa - tiada bezanya dengan pasaraya lain. Tetapi hari ini sudah mempunyai beberapa buah cawangan dengan pekerja2nya yang berbangsa Melayu yang saya kira mungkin lebih 1,000 orang. Pernahkah anda terfikir bagaimana beliau berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga berjaya? Apakah makna disebalik kalimah 'Terus Maju' itu?

Setiap hari pelanggan yang mengunjung ke situ akan menyebut 'Terus Maju'. Itulah doa untuk pasaraya ini. Jika dalam sehari ada 1,000 pelanggan yang menyebutnya, sudah ada 1,000 doa untuknya. Itu sehari. Jika seminggu? Sebulan? Setahun?

Jadi kerana itulah Rasulullah sering berpesan,
perbanyakkanlah berdoa. Dan janganlah kamu perbanyakkan berkata yang sia-sia, kerana setiap kata-kata itu mengandungi doa. Kita tidak tahu bila pintu langit akan terbuka dan Allah akan memakbulkannya.
Berdoalah yang baik-baik belaka pada setiap hari kerana Allah pasti akan memakbulkannya.

Selanjutnya

Thursday, February 25, 2010

Masih relevenkah?

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog dan sesiapa yang mengikuti blog ini. terima kasih kerana terus setia menunggu blog KKAP ini walaupun sudah agak lama tidak dimasukkan artikel2 baru dan terkini. Atas tujuan membawa ahli lebih memanfaatkan secara optimum kelas-kelas mingguan HPA dan Kuliah Perubatan Jawi yang dijalankan setiap minggu di serata tanah air, juga setiap bulan (KPJ) di negeri2 tertentu, tidak banyak pengetahuan produk yang kami masukkan didalam blog ini. Justeru saudara-saudara akan lebih termotivasi untuk mengikut secara langsung atau tidak program-program yang dianjurkan oleh kelab-kelab dibawah naungan HPA mahupun oleh syarikat HPA itu sendiri.


Suka saya berkongsi satu demo yang pernah dijalankan di PIC (Perkongsian Ilmu Cemerlang) berkaitan dengan kehebatan produk HPA. demo ini telah diulang-ulang ditayangkan kepada peserta-peserta PBC yang pernah mengikuti program PBC kami. antara demo yang dijalankan ialah berkaitan dengan salah satu produk kegunaan harian kita (boleh dikatakan produk yang wajib digunakan setiap hari).

tidak banyak yang dapat saya kongsikan disini, kerana pastinya penerangan secara 'live' oleh penceramah bertugas lebih membuka minda dan memberi input yang banyak kepada kita.






nie hasil yang diperoleh lepas sabun pilihan anda dilarutkan dalam air dan dimasukkan sesudu garam(peluh kita? mengandungi garam)...
Nak tahu lebih lanjut? ikuti program PBC kami, terdekat pada 6&7 Mac 2010 di Sabak Bernam...

Jom ke PBC beramai2...

Selanjutnya