Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa setiap tutur katanya yang diulang-ulang setiap hari merupakan satu doa buat dirinya sendiri? Kita sering mengeluh 'tiada duit' setiap hari, justeru kita akan sering berasa kesempitan dan kekurangan wang kerana kata-kata kita telah pun diperkenankan Allah.
Satu contoh yang suka saya kongsikan, sebuah pasaraya milik bumiputera di Kuantan ini yang sangat tersohor dan dikenali...'TERUS MAJU'. Apakah kaitannya dengan tajuk ini? Pasaraya ini asalnya hanya pasaraya biasa - tiada bezanya dengan pasaraya lain. Tetapi hari ini sudah mempunyai beberapa buah cawangan dengan pekerja2nya yang berbangsa Melayu yang saya kira mungkin lebih 1,000 orang. Pernahkah anda terfikir bagaimana beliau berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga berjaya? Apakah makna disebalik kalimah 'Terus Maju' itu?
Setiap hari pelanggan yang mengunjung ke situ akan menyebut 'Terus Maju'. Itulah doa untuk pasaraya ini. Jika dalam sehari ada 1,000 pelanggan yang menyebutnya, sudah ada 1,000 doa untuknya. Itu sehari. Jika seminggu? Sebulan? Setahun?
Jadi kerana itulah Rasulullah sering berpesan,

perbanyakkanlah berdoa. Dan janganlah kamu perbanyakkan berkata yang sia-sia, kerana setiap kata-kata itu mengandungi doa. Kita tidak tahu bila pintu langit akan terbuka dan Allah akan memakbulkannya.Berdoalah yang baik-baik belaka pada setiap hari kerana Allah pasti akan memakbulkannya.
No comments:
Post a Comment