Sumber: Harian Metro (Sabtu, 19 September 2009)
Tajuk: Cuba Tipu Pengguna
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Pusat penyembelihan yang tergamak melemaskan ayam baru disembelih ke dalam tong berisi air bagi mempercepatkan proses kematian disifatkan tidak mempunyai kesedaran terhadap ajaran Islam.
Meskipun sesetengah pusat itu kemungkinan besar milik pengusaha Muslim, tindakan melemaskan atau menindihnya dalam tong tetap tidak boleh diterima, selain cubaan menipu pengguna.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam perlu bertindak segera menyelesaikan isu berkenaan.
Katanya, kesedaran terhadap nilai tinggi kebersihan dan ajaran Islam mengenai proses penyembelihan perlu diterapkan, namun kali ini secara lebih mendalam supaya pengusaha pusat sembelihan tidak lalai.
“Pengurusan syarikat penyembelihan ini perlu diberitahu secara lebih mendalam mengenai tanggungjawab menunaikan proses penyembelihan mengikut kaedah Islam yang halal bukan secara tipu-tipu dan melebihkan keuntungan semata.
“Kalau boleh kuat kuasa pemantauan berterusan supaya mereka (pusat sembelihan) ini tidak berani membuat onar atau sengaja menipu pengguna lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Harian Metro semalam melaporkan sebahagian pusat penyembelihan awam di pasar utama, termasuk bakal dijadikan juadah Aidilfitri dikesan melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindih dalam tong sempit bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai.
Kegiatan peniaga itu terbongkar dalam operasi khas Jakim di beberapa pusat penyembelihan di pasar utama sekitar ibu kota awal pagi kelmarin.
Mohd Yusof turut menyarankan pasukan halal bertanggungjawab terhadap pemantauan proses penyembelihan dan memastikan ia mengikut kriteria diwujudkan dengan kakitangannya mereka mahir selok belok agama.
BENARKAH NABI SAW LAHIR TANGGAL 12 RABIUL AWWAL?
2 months ago
No comments:
Post a Comment