Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Tuesday, September 8, 2009

BANTUAN KEPADA SAUDARA HPA

sumber: www.utusan.com. my

Tajuk keratan akhbar: Pesanan terakhir bapa sebelum meninggal

KUALA LUMPUR 31 Ogos - "Amalan yang kita buat semasa di dunia dan doa anak yang soleh akan dapat meringankan beban ibu bapa semasa di kubur nanti."

Demikian pesanan terakhir Allahyarham Abdul Karim Abdul Aziz, 51, sebelum dia meninggal dunia setelah kereta Perodua Kancil yang dipandunya dirempuh sebuah treler di Lebuh Raya Persekutuan, pagi semalam.

Nasihat itu diberikan Allahyarham kepada anak keempatnya, Imanina Abdul Karim, 19, sewaktu di Hentian Bas Putra ketika ingin menghantarnya ke rumah nenek di Kampung Dua Badak, Lenggong, Perak pada Sabtu lalu.

"Pesanan ayah itu masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai sekarang. Tidak sangka pesanan itu merupakan tanda yang ayah akan meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya, " katanya dengan nada sedih ketika ditemui di rumahnya di Hulu Langat di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, sebuah treler yang dipandu laju dikatakan terbabas menyebabkan ia merempuh pembahagi lebuh raya sebelum kenderaan berat itu merempuh Kancil yang dinaiki tiga beranak tersebut.

Kemalangan yang berlaku pukul 10.30 pagi itu meragut nyawa Abdul Karim manakala isteri dan anaknya cedera parah.

Ketika kejadian, treler terbabit datang dari arah Klang manakala Kancil dinaiki tiga sekeluarga itu datang dari arah bertentangan untuk membeli keperluan Aidilfitri di Subang USJ.

Allahyarham meninggalkan 12 orang anak iaitu 10 perempuan dan dua lelaki berusia antara 9 hingga 24 tahun.

Menurut Imanina, bapanya itu merupakan seorang yang sangat tegas tetapi penyayang dengan anak-anak. Dia dan adik beradik selalu dinasihatkan oleh arwah supaya berjaya di dunia dan akhirat.

Tambahnya, Aidilfitri yang bakal menjelang dirasakan tidak bermakna bagi dia dan keluarga kerana ketiadaan bapa di sisi.

Sementara itu, anak ke-10 Allahyarham, Mohd. Ikram, 14, berkata, dia terkilan kerana tidak sempat berbuka puasa dengan bapanya pada bulan Ramadan kali ini.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah bapanya ialah pada malam Jumaat lalu.

"Dalam pertemuan itu, ayah berpesan kepada saya supaya belajar rajin-rajin dan jangan bergaduh semasa di sekolah," katanya yang tinggal di asrama Maahad Tahfiz Al-Munir di Hulu Langat.

Kata Ikram, sambutan Aidilfitri tahun ini amat sedih baginya, memandangkan bapanya sudah tiada manakala ibu mereka pula masih kritikal dan dirawat di hospital.

Lebih menyedihkan, berikutan kejadian yang menimpa Allahyarham itu, kehidupan 12 orang anaknya kini terumbang ambing.

Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu meringankan beban 12 beradik yang kehilangan ayah dan ibu pula masih tidak sedarkan diri bolehlah memberi sumbangan dengan menghubungi anak kedua mangsa, Ibtihal di talian 017-6092590.
Ini adalah salah satu kes nya..

menurut ahli keluarganya, ibu mereka sekarang sudah sedar,tapi masih tk dapat mengenali ahli keluarganya, samada masih keliru atau dilanda trauma/terkejut. .

sesiapa yang ikhlas untuk membantu keluarga ini,boleh lah beri bantuan kewangan, memandangkan ahli keluarganya yang ramai dan mereka hilang tempat bergantung.Moga2 dengan bantuan ummat islam di Malaysia ni sorang sikit mampu mengurangkan beban mereka.hari ni,hari mereka,siapa tahu hari kita di kemudian hari..

Boleh Bank in kepada ahli keluarga mangsa,mengikut butiran di bawah :

Imtinan Bt Abdul Karim
Maybank Akaun No. : 162021391312

atau

Imanina Bt Abdul Karim
Bank Islam Akaun No. : 12-092-02-026321- 2


No comments:

Post a Comment