Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Thursday, September 3, 2009

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHWAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salah satu perkara yang wajib ada dalam diri setiap ahli HPA adalah mengikat tali ukhwah agar perjuangan produk halal ini menjadi lebih mudah dan benteng pertahanan terhadap anasir luar lebih kukuh. Begitulah antara peranan Pengarah Jati Setia khususnya dan seluruh ahli umumnya.

Pesanan Imam Hassan Al-Banna dalam rukun ke-9 sesebuah organisasi ialah kewajipan dan tanggungjawab Ukhwah tergalas pada bahu setiap ahli.Ia merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian umat yang lain yang merupakan ikatan Rabbani(yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah) yang mengikat hati-hati kita dan mendekatkan kita kepada Allah. ukhwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

"sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah"
(hadith riwayat imam Ahmad)

Organisasi HPA ini sangatlah memerlukan ukhwah agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuatkan satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu anggota daripada jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota menanggung penderitaannya.

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhwah ini dilaksanakan dengan sempurna, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara 'alami dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu TANGGUNGJAWAB, bukan sekadar ucapan dibibir atau teori semata-mata.







1. Ukhwah (yang terjalin di antara seorang mu'min dengan seorang mu'min yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah(macam yang selalu ditekankan dalam HPA laa...) sebagai membenarkan sabda baginda Rasulullah S.A.W yang menyatakan(maksudnya):
Sesiapa yang Allah inginkan kurniaan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika sekiranya ia terlupa(lalai), ia menolong memberi peringatan dan apabila(temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya.


Teman setia yang baik inilah yang dimaksudkan oleh saiyidina 'Umar yang menyatakan:
Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah dikalangan mereka, kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan diwaktu susah





2. Di sudut kejiwaan, ukhwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah S.A.W:

jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) 'amalan itu lebih utama dari ia beri'ktikaf selama dua bulan didalam masjidku ini

(hadith riwayat Al-Hakim dan ia mengatakan sanad-sanadnya sahih)



3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan akhirat. dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya.



4. Ukhwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. sehubungan dengan perkara ini, Rasulullah S.A.W bersabda:

Hak seorang muslim keatas seorang muslim yang lain ada enam perkara;
(1) apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,
(2) apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya,
(3) apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya,
(4) apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan dengan bertashmit,
(5) apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan
(6) apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya.(hadith riwayat muslim)




5. Ukhwah juga bererti kemesraan, kasih sayang dan saling bantu-membantu. berhubung dengan perkara ini, Rasulullah S.A.W bersabda:

Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang-membelakang, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad-menghasad. sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. tidak halal bagi seorang muslim itu memulaukan saudaranya (yang mu'min) melebihi tiga hari
(hadith riwayat Imam malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasa'i)


Rasulullah bersabda(maksudnya)
janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)
(hadith riwayat Muslim)

6. Ukhwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan kesetiaan kerana Rasulullah S.A.W bersabda(maksudnya):

Barangsiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari siksaan api neraka di hari qiamat
(hadith riwayat al-Tirmizi)


Baginda juga bersabda(maksudnya):

Do'a seorang saudara kepada saudaranya yang lain( sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah do'a yang pasti diperkenankan, disisinya seorang malaikat yang ditugaskan dimana setiap kali dia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata; amin dan bagimu seperti itu juga.
(hadith riwayat Muslim)

Semoga Ukhwah yang kita bina antara sesama ahli dalam apa juga organisasi yang membawa ketaatan kita kepada Allah dalam landasan yang benar dan diberkatiNYA. amin...

(rujukan: apa ertinya saya menganut Islam-Fathi Yakan)

No comments:

Post a Comment