Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Tuesday, September 22, 2009

Pembekal Cuba Tipu Pengguna

Sumber: Harian Metro (Sabtu, 19 September 2009)
Tajuk: Cuba Tipu Pengguna


Oleh Maiamalina Mohamed Amin

maiamalina@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Pusat penyembelihan yang tergamak melemaskan ayam baru disembelih ke dalam tong berisi air bagi mempercepatkan proses kematian disifatkan tidak mempunyai kesedaran terhadap ajaran Islam.

Meskipun sesetengah pusat itu kemungkinan besar milik pengusaha Muslim, tindakan melemaskan atau menindihnya dalam tong tetap tidak boleh diterima, selain cubaan menipu pengguna.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam perlu bertindak segera menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya, kesedaran terhadap nilai tinggi kebersihan dan ajaran Islam mengenai proses penyembelihan perlu diterapkan, namun kali ini secara lebih mendalam supaya pengusaha pusat sembelihan tidak lalai.

“Pengurusan syarikat penyembelihan ini perlu diberitahu secara lebih mendalam mengenai tanggungjawab menunaikan proses penyembelihan mengikut kaedah Islam yang halal bukan secara tipu-tipu dan melebihkan keuntungan semata.

“Kalau boleh kuat kuasa pemantauan berterusan supaya mereka (pusat sembelihan) ini tidak berani membuat onar atau sengaja menipu pengguna lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan sebahagian pusat penyembelihan awam di pasar utama, termasuk bakal dijadikan juadah Aidilfitri dikesan melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindih dalam tong sempit bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai.

Kegiatan peniaga itu terbongkar dalam operasi khas Jakim di beberapa pusat penyembelihan di pasar utama sekitar ibu kota awal pagi kelmarin.

Mohd Yusof turut menyarankan pasukan halal bertanggungjawab terhadap pemantauan proses penyembelihan dan memastikan ia mengikut kriteria diwujudkan dengan kakitangannya mereka mahir selok belok agama.

Selanjutnya

Friday, September 18, 2009

Eid Mubarak...



KELAB KEPIMPINAN ALWAHIDA PAHANG
mengucapkan selamat menyambut hariraya Aidilfitri kepada seluruh warga KKAP dan sahabat handai yang sama-sama memperjuangkan HPA walau dimana anda berada. Moga Aidilfitri disambut seadanya dan Ramadhan yang masih berbaki tidak dibiarkan berlalu kerana terlalu sibuk dengan persiapan raya.

Sedikit tazkirah Ramadhan dari HPA Training, IT & Multimedia

Moga memberi manfaat buat kita semua.


Ramadhan menjelma lagi, dan Alhamdulillah Allah mengizinkan kita melalui malam-malam terakhir Ramadhan kali ini. Diberi peluang kepada kita memanfaatkan sepuluh malam terakhir yang penuh rahmat, keampunan dan dijanjikan pembebasan dari api neraka. sudahkan kita membersihkan hati dari segala sifat dan sikap yang dibenci Allah? merendahkan diri dihadapan Yang Maha Esa, memohon keampunan dan bantuan dariNYA? Ya Allah, ramadhan berlalu lagi. Dan detik-detik fajar syawal menanti dipenghujung malam Ramadhan yang bakal pergi. bersujudlah, muhasabah diri kita, adakah kita telah bersedia menghadapi saat-saat bertemu Tuhan? sudahkah terampun segala dosa-dosa yang kita lakukan? termakbulkah segala permintaan dari hati yang berkarat disalut kenikmatan dunia? Moga-moga Allah ampunkan dosa kita, samada yang nyata atau yang tersembunyi. diambang syawal yang bakal menjelma, sucikan diri dengan huluran kemaafan dan saling memohon dimaafkan segala khilaf dan kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan.

Buat semua warga kelab, sedikit pesanan dari kami barisan pemimpin. Alhamdulillah, sehingga ketika ini, Syarikat telah bertungkus lumus dan berkorban menyediakan pelbagai alternatif makanan yang halal untuk kita umat Islam. Bermula pengeluaran ayam organik, fish cake, fish ball, nugget, burger, sosej ayam, dan sekarang mee kuning kering juga telah dikeluarkan. Jika sebelum ini, kita terpaksa berwas-was dengan ayam di pasaran dengan alasan tiada alternatif ayam halal, apa salahnya tukarkan segala jenis makanan yang meragukan di dalam rumah anda dengan produk-produk HPA yang telah ada alternatifnya di cawangan HPA berdekatan. Bertimbang rasa lah kepada tetamu anda. mereka menghadiahkan pahala atas kunjungan ke rumah kita, tapi kita bekalkan dosa kepada mereka dalam hidangan-hidangan kita. Berikan tetamu kita makan yang halal, kerana mereka juga umat Islam seperti kita. Elakkan menyediakan minuman ringan berkarbonat yang ada di pasaran, sebaliknya hidangkan minuman berkarbonat HPA sebagai alternatif. Perkenalkan kepada sahabat handai kita, moga-moga mereka dapat sama-sama dalam barisan ini memperjuangkan produk halal.

Selain rasa yang lebih sedap, minuman berkarbonat HPA juga tidak memudharatkan kesihatan seperti 'soft drink' di pasaran. Ini kerana buih@ gas dalam air itu sendiri disediakan dari akar herba dan gula yang digunakan dalam air adalah gula perang (Perbezaan gula perang dengan gula putih telah diterangkan dalam post yang lepas).

Disebabkan pelbagai kemudharatan dapat dielakkan (Insya Allah) dan hidangan juga dijamin halal, moga-moga dengan ini kunjungan rakan taulan ke rumah kita benar-benar memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, diakhirat mahupun didunia. Wallahua'lam.


Dari kami;

PJS PJM Dr. Md Yusof Sidek
PJS PJI Aminah bt Mamat
dan keluarga

Selanjutnya

Monday, September 14, 2009

Sosej ayam organik

sosej-hpa

Keraguan untuk menikmati sosej kini bakal terubat. HPA telah mengambil alternatif terbaik di dalam memanfaatkan lagi Produk Ayam Organik. Dari Ayam Organik, maka lahirlah Sate Ayam Organik. Dan kini lahirlah pula Sosej Ayam Organik. Kepada penggemar sosej, inilah sosej yang halal dan suci. Selepas ini mungkin akan lahir daging burger ayam organik dan Nugget ayam organik.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 12
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak:

Nilai Mata (NM): 2

Buat masa ni, sosej ayam dah kehabisan di HPA cawangan kuantan 1 dan kuantan 2. harap maklum.

Selanjutnya

Insentif Menjelang Idulfitri

Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan mengadakan Insentif Sempena Aidilfitri berkuatkuasa mulai 1 September sehingga 30 September 2009. Tawaran ini terbuka kepada semua pengedar HPA seluruh Malaysia.

Syarat kelayakkan:

1. Maintain minima 300 nilai mata sebulan akan mendapat 10% daripada nilai mata.

2. Insentif akan dibayar dalam bentuk baucer ( Cek Dalaman).

Anda boleh gunakan baucer ini untuk mana-mana pembelian produk dan perkhidmatan HPA (RFC/RCH/ROC/El zahra/Radix Bakery)

Selanjutnya

Friday, September 11, 2009

Iftar Jamai'e KKAP bersama pemimpin

Tarikh: 11 september 2009
Masa: Mula jam 6 petang (Ketibaan ahli2 kelab)
Tempat: Cawangan HPA Kuantan 1
Agenda: Slot bersama pemimpin dan majlis berbuka puasa, solat maghrib berjemaah

Makanan disediakan. Sesiapa yang nak sumbangkan makanan, kuih-muih, air dan sebagainya amatlah dialu-alukan.

~Menyemai ukhwah menyubur mahabbah~
Kehadiran semua ahli kelab dari serata negeri amatlah dialu-alukan, tanpa pengecualian...(",)

Selanjutnya

Tuesday, September 8, 2009

BANTUAN KEPADA SAUDARA HPA

sumber: www.utusan.com. my

Tajuk keratan akhbar: Pesanan terakhir bapa sebelum meninggal

KUALA LUMPUR 31 Ogos - "Amalan yang kita buat semasa di dunia dan doa anak yang soleh akan dapat meringankan beban ibu bapa semasa di kubur nanti."

Demikian pesanan terakhir Allahyarham Abdul Karim Abdul Aziz, 51, sebelum dia meninggal dunia setelah kereta Perodua Kancil yang dipandunya dirempuh sebuah treler di Lebuh Raya Persekutuan, pagi semalam.

Nasihat itu diberikan Allahyarham kepada anak keempatnya, Imanina Abdul Karim, 19, sewaktu di Hentian Bas Putra ketika ingin menghantarnya ke rumah nenek di Kampung Dua Badak, Lenggong, Perak pada Sabtu lalu.

"Pesanan ayah itu masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai sekarang. Tidak sangka pesanan itu merupakan tanda yang ayah akan meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya, " katanya dengan nada sedih ketika ditemui di rumahnya di Hulu Langat di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, sebuah treler yang dipandu laju dikatakan terbabas menyebabkan ia merempuh pembahagi lebuh raya sebelum kenderaan berat itu merempuh Kancil yang dinaiki tiga beranak tersebut.

Kemalangan yang berlaku pukul 10.30 pagi itu meragut nyawa Abdul Karim manakala isteri dan anaknya cedera parah.

Ketika kejadian, treler terbabit datang dari arah Klang manakala Kancil dinaiki tiga sekeluarga itu datang dari arah bertentangan untuk membeli keperluan Aidilfitri di Subang USJ.

Allahyarham meninggalkan 12 orang anak iaitu 10 perempuan dan dua lelaki berusia antara 9 hingga 24 tahun.

Menurut Imanina, bapanya itu merupakan seorang yang sangat tegas tetapi penyayang dengan anak-anak. Dia dan adik beradik selalu dinasihatkan oleh arwah supaya berjaya di dunia dan akhirat.

Tambahnya, Aidilfitri yang bakal menjelang dirasakan tidak bermakna bagi dia dan keluarga kerana ketiadaan bapa di sisi.

Sementara itu, anak ke-10 Allahyarham, Mohd. Ikram, 14, berkata, dia terkilan kerana tidak sempat berbuka puasa dengan bapanya pada bulan Ramadan kali ini.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah bapanya ialah pada malam Jumaat lalu.

"Dalam pertemuan itu, ayah berpesan kepada saya supaya belajar rajin-rajin dan jangan bergaduh semasa di sekolah," katanya yang tinggal di asrama Maahad Tahfiz Al-Munir di Hulu Langat.

Kata Ikram, sambutan Aidilfitri tahun ini amat sedih baginya, memandangkan bapanya sudah tiada manakala ibu mereka pula masih kritikal dan dirawat di hospital.

Lebih menyedihkan, berikutan kejadian yang menimpa Allahyarham itu, kehidupan 12 orang anaknya kini terumbang ambing.

Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu meringankan beban 12 beradik yang kehilangan ayah dan ibu pula masih tidak sedarkan diri bolehlah memberi sumbangan dengan menghubungi anak kedua mangsa, Ibtihal di talian 017-6092590.
Ini adalah salah satu kes nya..

menurut ahli keluarganya, ibu mereka sekarang sudah sedar,tapi masih tk dapat mengenali ahli keluarganya, samada masih keliru atau dilanda trauma/terkejut. .

sesiapa yang ikhlas untuk membantu keluarga ini,boleh lah beri bantuan kewangan, memandangkan ahli keluarganya yang ramai dan mereka hilang tempat bergantung.Moga2 dengan bantuan ummat islam di Malaysia ni sorang sikit mampu mengurangkan beban mereka.hari ni,hari mereka,siapa tahu hari kita di kemudian hari..

Boleh Bank in kepada ahli keluarga mangsa,mengikut butiran di bawah :

Imtinan Bt Abdul Karim
Maybank Akaun No. : 162021391312

atau

Imanina Bt Abdul Karim
Bank Islam Akaun No. : 12-092-02-026321- 2


Selanjutnya

Bantuan Amal HPA ke Cianjur-Gempa Bumi

6 Sept. 2009: Bantuan kemanusiaan untuk tragedi gempa bumi di Cianjur, Indonesia mulai hari ini dibuka diseluruh cawangan HPA Malaysia . PJS Malaysia atau ahli -ahli yang berkemampuan yang ingin bersama saya kesana boleh menghubungi Pejabat Pengarah Urusan (En.Suhairi – 013 4239717) secepat mungkin. Pengurus-pengurus Zon akan pastikan tabung-tabung dibuka di setiap cawangan dibawah kendalian mereka dan bantuan ini akan di serahkan segera kepada ahli-ahli HPA dan penduduk yang terlibat disana. InsyaAllah.sumber dipetik dari jawiherbshop

Salam satu Ramadhan pada anda semua.
Sahabat kita di Indonesia kini sekali lagi di timpa musibbah gempa bumi di Jawa Barat dan mengakibatkan jumlah kematian yang tinggi. Sehubungan dengan itu, atas dasar kemanusiaan serta islam yang tanpa sempadan, maka HPA dengan ini mengistiharkan sumbangan derma bencana dengan serta merta.
Saya memohon dan menyeru seluruh komuniti yang ada di Malaysia segera mengujudkan tabung dana tersebut. Sebarkanlah maklumat ini kepada seluruh warga HPA khusunya. Insyallah sama-samalah kita mengejar amalan mulia di bulan Ramadhan.
SUMBANGAN ANDA SEMUA AMAT-AMAT DINANTIKAN OLEH MEREKA YANG KINI KEHILANGAN HARTA DAN KELUARGA TERSAYANG.petikan dari http://gmalwahida.blogspot.com

JAKARTA 5 Sept. – Pasukan penyelamat di Indonesia hari ini meneruskan operasi mencari mangsa gempa bumi, sekalipun harapan untuk menemui berpuluh-puluh mangsa yang tertimbus berada dalam keadaan selamat, semakin tipis.
Gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter yang menggegarkan pantai selatan pulau Jawa pada Rabu lalu mencetuskan tanah runtuh yang menimbus penduduk kampung Cikangkareng, 130 kilometer ke selatan Jakarta.
Jumlah korban gempa bumi kini mencecah 65 orang. Usaha mencari berpuluh-puluh mangsa yang tertimbus masih diteruskan, sekalipun peluang untuk melihat mereka hidup semakin tipis,” kata jurucakap agensi pengurusan bencana, Priyadi Kardono.
Menurut beliau, jentera berat kadang-kadang tidak memadai kerana pekerja penyelamat perlu mengangkat mayat dengan hati-hati.
Gempa bumi yang merosakkan lebih 31,000 rumah di seluruh pulau Jawa itu turut dirasai di pulau Bali dan Sumatera.Priyadi berkata, kira-kira 27,000 penduduk sudah dipindahkan.

Ramai mangsa mengadu bekalan khemah, makanan dan ubat-ubatan lambat tiba selepas bencana itu. – AFP

Selanjutnya

Radix mee kuning kering

Sudah sampainya masanya kita melupakan mee segera dan sewaktu dengannya kerana kini telah ada alternatifnya.
Suatu alternatif terbaik telah muncul ..
Dapatkan segera Radix Mee Kuning Kering keluaran HPA dengan harga RM 3.50 dan NM 0.5




Rasanya saya sudah diberitakan tentang pengeluaran radix mee kuning kering HPA pada bulan Julai oleh sahabat dari Alor Setar. Alhamdulillah, telahpun memasuki pasaran HPA (kat cawangan la tu...) dan boleh diperolehi di cawangan2 HPA dan Pusat jualan berdekatan dengan anda. Bagi yang berada di kawasan lembah kelang, anda juga boleh dapatkan di Pusat Jualan Ulu kelang dimana banyak produk HPA lain yang telah kehabisan di cawangan, boleh didapati disana...






Alhamdulillah, kami sekeluarga telahpun menikmati mee kuning ini sebagai juadah berbuka puasa hari ini. selamat mencuba dan menukar produk harian anda kepada produk2 HPA..(",)

-Perjuangan Produk Halal Tanggungjawab Bersama-

Selanjutnya

Laman web HPA berwajah baru

Bismillah...
beberapa hari yang lepas, seperti biasa laman web rasmi HPA dibuka... admin terkejut melihat laman web HPA dengan alamat yang sama ( http://hpa.com.my) dah berubah wajah... Alhamdulillah... Perubahan kepada yang lebih baik... laman web HPA kini lebih menarik dan lebih kemas... rugi kalau anda tak singgah di laman web HPA, sebab lebih banyak maklumat yang dapat diperolehi... berita-berita terkini dan perkembangan HPA boleh didapati disini [click]

Selanjutnya

Friday, September 4, 2009

RFC sungai petani dan RFC shah alam

Pehak RFC sdn Bhd bersetuju untuk menyewa ruangan kedai di Sungai Petani dan Shah Alam dengan Koperasi Wahida HPA bagi diujudkan peniagaan kedai makan segera (RFC). Dengan ini kita mengharapkan koperasi boleh menyediakan lebih banyak ruangan kedai bagi tujuan seperti diatas.
Pehak RFC juga akan mencari lebih banyak tempat borpotensi bagi memperbesarkan lagi peniagaan ini. Target tahun 2009 ,RFC memiliki lebih dari 20 buah cawangan diseluruh Malaysia. InsyaAllah. Pada masa kini terdapat 3 buah RFC iaitu 2 di Sungai Petani dan 1 buah di Alor setar. RFC di Melaka,Perlis dan Kluang dijangka siap dalam bulan ini atau awal bulan hadapan. InsyaAllah.

sumber: Blog PU

Selanjutnya

Thursday, September 3, 2009

Bersabar Lah D'Bulan Puasa




Banyakkan Bersabar

Hadith :
Daripada Anas r.a. katanya,
“ Aku berjalan bersama- sama Rasulullah s.a.w. Baginda memakai selendang kasar tepinya buatan Najran. Baginda bertemu dengan seorang Arab badwi lalu direntapnya selendang baginda dengan rentapan yang kasar sehingga aku melihat kesan di tengkuk baginda akibat rentapan yang kasar itu. Kemudian orang arab itu berkata:

“Wahai Muhammad perintahkanlah supaya diberikan kepadaku daripada
harta Allah apa yang ada pada kamu,” Maka rasulull
ah s.a.w
berpaling kepadanya sambil ketawa. Kem
udian baginda memerintahkan
supaya diberikan sedekah kepadanya”.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian

1.Rasulullah s.a.w adalah seorang yang pemaaf dan tidak suka membalas dendam serta tidak mudah marah.

2.Umat Islam hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia tersebut kerana sifat- sifat ini mempunyai nilai-nilai kebaikan yang amat tinggi yang akan menimbulkan kesedaran kepada orang lain yang menerimanya.

3.Islam menggalakkan umatnya supaya bertindak dengan cara yang bijaksana apabila berhadapan dengan golongan yang jahil dan hendaklah menunjukkan sikap yang lemah lembut agar dapat menarik hati mereka kepada Islam.

Bersabar Dalam Berdoa

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda
ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab
baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
(Muslim)

Huraian


Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya.
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan
zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali
kecewa dalam berdoa.

-- Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..Ya ALLAH!! Manakala hati ini menjadi keras dan semua jalan ku terasa sempit, ku jadikan harapanku kepada keampunanMu sebagai tangga keselamatan.

Selanjutnya

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHWAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salah satu perkara yang wajib ada dalam diri setiap ahli HPA adalah mengikat tali ukhwah agar perjuangan produk halal ini menjadi lebih mudah dan benteng pertahanan terhadap anasir luar lebih kukuh. Begitulah antara peranan Pengarah Jati Setia khususnya dan seluruh ahli umumnya.

Pesanan Imam Hassan Al-Banna dalam rukun ke-9 sesebuah organisasi ialah kewajipan dan tanggungjawab Ukhwah tergalas pada bahu setiap ahli.Ia merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian umat yang lain yang merupakan ikatan Rabbani(yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah) yang mengikat hati-hati kita dan mendekatkan kita kepada Allah. ukhwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

"sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah"
(hadith riwayat imam Ahmad)

Organisasi HPA ini sangatlah memerlukan ukhwah agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuatkan satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu anggota daripada jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota menanggung penderitaannya.

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhwah ini dilaksanakan dengan sempurna, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara 'alami dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu TANGGUNGJAWAB, bukan sekadar ucapan dibibir atau teori semata-mata.







1. Ukhwah (yang terjalin di antara seorang mu'min dengan seorang mu'min yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah(macam yang selalu ditekankan dalam HPA laa...) sebagai membenarkan sabda baginda Rasulullah S.A.W yang menyatakan(maksudnya):
Sesiapa yang Allah inginkan kurniaan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika sekiranya ia terlupa(lalai), ia menolong memberi peringatan dan apabila(temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya.


Teman setia yang baik inilah yang dimaksudkan oleh saiyidina 'Umar yang menyatakan:
Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah dikalangan mereka, kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan diwaktu susah





2. Di sudut kejiwaan, ukhwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah S.A.W:

jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) 'amalan itu lebih utama dari ia beri'ktikaf selama dua bulan didalam masjidku ini

(hadith riwayat Al-Hakim dan ia mengatakan sanad-sanadnya sahih)



3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan akhirat. dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya.



4. Ukhwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. sehubungan dengan perkara ini, Rasulullah S.A.W bersabda:

Hak seorang muslim keatas seorang muslim yang lain ada enam perkara;
(1) apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,
(2) apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya,
(3) apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya,
(4) apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan dengan bertashmit,
(5) apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan
(6) apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya.(hadith riwayat muslim)




5. Ukhwah juga bererti kemesraan, kasih sayang dan saling bantu-membantu. berhubung dengan perkara ini, Rasulullah S.A.W bersabda:

Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang-membelakang, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad-menghasad. sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. tidak halal bagi seorang muslim itu memulaukan saudaranya (yang mu'min) melebihi tiga hari
(hadith riwayat Imam malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasa'i)


Rasulullah bersabda(maksudnya)
janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)
(hadith riwayat Muslim)

6. Ukhwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan kesetiaan kerana Rasulullah S.A.W bersabda(maksudnya):

Barangsiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari siksaan api neraka di hari qiamat
(hadith riwayat al-Tirmizi)


Baginda juga bersabda(maksudnya):

Do'a seorang saudara kepada saudaranya yang lain( sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah do'a yang pasti diperkenankan, disisinya seorang malaikat yang ditugaskan dimana setiap kali dia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata; amin dan bagimu seperti itu juga.
(hadith riwayat Muslim)

Semoga Ukhwah yang kita bina antara sesama ahli dalam apa juga organisasi yang membawa ketaatan kita kepada Allah dalam landasan yang benar dan diberkatiNYA. amin...

(rujukan: apa ertinya saya menganut Islam-Fathi Yakan)

Selanjutnya

Tuesday, September 1, 2009

Penubuhan anak syarikat HPA baru

Secara rasminya Mutiara Hikmah Sdn.Bhd telah ditubuhkan pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009 jam 12.00 tengahari di Dewan Organic Recipe. Mutiara Hikmah Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat HPA Industries Sdn.Bhd. Jabatan yang terlibat dibawah pentadbiran Mutiara Hikmah Sdn.Bhd ini ialah HPA Training & Multimedia, Kedai Buku (HPA Islamik Book Store), Kedai Komputer (HPA Multimedia,Sales and Service), Promosi dan Jualan, Perhubungan Luar dan Lawatan, ITHPA dan Kumpulan TaQwA.

Dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim pengurusan Mutiara Hikmah Sdn. Bhd. memulakan pentadbirannya sendiri. Semoga dengan lafaz kalimah mulia ini Syarikat Mutiara Hikmah Sdn.Bhd. dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t serta dapat meneruskan operasinya dengan cemerlang dan terus berjaya InsyaAllah.

Selanjutnya