Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Saturday, October 10, 2009

PBC KKAP OKTOBER 2009

Assalamualaikum.

Pemberitahuan:

PBC Oktober 2009 telah ditangguh kepada tarikh 17 dan 18 Oktober 2009 di Sanctuary Beach Resort, Sg Ular.
Bayaran RM 150 / Person.
Penginapan, makanan dan sijil akan disediakan kepada peserta berbayar.
Semua leader DIWAJIBKAN membawa downline-downline anda ke PBC ini untuk menjayakan program pada kali ini.
GEMPUR!!! RADIX INSYA ALLAH!!!

Selanjutnya

PEKELILING- MESYUARAT TERGEMPAR LEADER-LEADER KELAB KEPIMPINAN ALWAHIDA PAHANG SIRI 1

Assalamualaikum.

Kepada semua PJ-PJ dan PJE, PJI, PJM Kelab Kepimpinan Al-Wahida Pahang



Pemberitahuan Mesyarat Pada (10 Oktober 2009):

Tarikh: seperti tertera diatas
Hari: Sabtu
Waktu: bermula Jam 5.30 PETANG (selepas Asar)
Tempat: Cawangan HPA Kuantan 1 (dewan mesyuarat cawangan, seperti pada majlis Iftar bersama Pemimpin KKAP)

Kehadiran semua pemimpin KKAP adalah wajib.

Perjuangan Produk Halal Tanggungjawab Bersama!

Selanjutnya

Friday, October 9, 2009

Produk baru di pasaran-2

Alhamdulillah, antara produk-produk baru yang telah sampai di cawangan Kuantan 1 dan Kuantan 2 adalah sardin, coklat Radix dan kacang potong. walau bagaimanapun, stok coklat adalah terhad dan harap semua warga HPA di Kuantan dapat bertolak ansur dengan tidak memborong coklat tersebut untuk keluarga dan sanak saudara anda sahaja...sebar-sebarkan kepada rakan-rakan lain juga.




Sardines HPA



Radix chocolate (perisa susu dan kacang Hazel)



Kacang Potong ramuan asli HPA...

Selanjutnya

Saturday, October 3, 2009

PENGGUNAAN PRODUK MAKANAN LEBIH KREATIF

Cara masak satay HPA yang betul

Kalau anda pernah beli satay HPA, cuba perhatikan apa akan terjadi bila satay di panggang semula atas api atau dipanaskan dalam oven. Daging ayam akan mengecut dan menjadi tak berapa enak untuk di makan. Di sini saya nak berkongsi cara memasak semula satay HPA dan menikmati satay yang lazat dan berkhasiat. Satay HPA sebenarnya menggunakan ayam yang telah diproses dengan kaedah masakan.

Jadi, untuk mengelakkan satay jadi kecut bila dimasak semula, masukkan satay ke dalam kuah satay yang dipanaskan. Sebelum tu, tambah sikit air ke dalam kuah satay supaya kuah tak jadi terlalu pekat dan proses pemanasan satay sekata. Selepas satay yang beku dah cair dan kuah pun dah likat sedikit, anda boleh hidangkan untuk menjamu seisi keluarga. Selamat mencuba.

HPA ada ‘Sundae’

Anda boleh cuba menyediakan sundae sendiri dengan menggunakan ais krim toyyibah dan produk-produk HPA yang lain. Masukkan ais krim ke dalam bekas, mangkuk atau cawan, kemudian letakkan kordial HPA (mangga @ roselle @ asiatica @ kurma @ jambu) di atas ais krim atau letakkan jem HPA (nenas @ roselle) untuk makan aiskrim toyyibah secara kreatif. Selamat mencuba.

IDEA ASAL: Kelab Kepimpinan Al-wahida Pahang

Selanjutnya

Atasi Jerawat dengan produk HPA

Jerawat, seringkali kita dengar orang mencuba pelbagai produk untuk mengatasi masalah ini. Antara penyebab masalah tersebut yang paling utama ialah disebabkan darah yang mengalir dalam tubuh mempunyai kandungan toksid yang tinggi sehingga toksid tersebut tidak dapat ditapis oleh hati dengan baik.

Akhirnya terjadi masalah resdung dan terhasillah symptom resdung pada tubuh individu tersebut. kita sering dengar pepatah ‘dari mata turun ke hati, tapi bagi masalah kesihatan macam ini, pepatah ‘dari hati naik ke mata@muka’ lebih sesuai.

Antara tanda-tanda anda menghadapi masalah ini ialah:

  1. Gatal-gatal di sekitar rongga pernafasan, contohnya hidung, tekak, telinga.
  2. Sesetengah individu wajib bersin pagi-tanda resdung.
  3. Kelemumur yang banyak.
  4. Jerawat atau jerawat batu di muka, kepala, belakang atau bahagian badan lain.
  5. Penyakit kulit seperti kudis, kurap dan sebagainya.

Untuk merawat resdung, amalkan beberapa produk HPA seperti coscinium (utama) di sinergikan dengan mega-3, madu (better ambik madu coscinium), roselle.

Tapi masalah jerawat ni kadang-kadang susah nak diatasi, terutama di bahagian muka. Oleh itu, cuba amalkan kaedah ruhiyyah seperti pembersihan hati dari ‘kekotoran’ dengan memperbanyakkan zikir dan mengingati Allah. Paling penting sekali sebagai pejuang HPA, tundukkan hati supaya usaha kita untuk memperjuangkan produk halal ni ikhlas kerana Allah dan diberkati.

Selanjutnya

COKLAT RADIX KINI DI PASARAN

Alhamdulillah. Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko.

Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintetik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian ,mereka yang sering minum koko

Selanjutnya

BESI KURSANI UNTUK PENGUBATAN

Ia adalah sejenis batu yang mengandungi zat besi (fe) sehinggakan jika didekatkan dengan magnet ia akan tertarik. Batu ini digunakan sebagai bahan ubatan untuk melancarkan perjalanan darah dan membetulkan saraf. Jika anda menghadapi masalah gangguan saraf,anda akan dapat merasai kesan aliran eletrik ringan apabila batu ini digenggam dalam tangan.
Batu ini ini juga sekali gus mengembalikan fungsi organ-organ dalam tubuh manusia. Kajian kepada pengguna yang bermasalah menunjukan terdapat respon positif kepada sistem kelenjar tubuh badan dan sistem imuniti.
Dalam kitab perubatan Melayu besi kursani dijadikan sebagai bahan untuk menguatkan tubuh badan. Ramai juga pengguna yang menjadikan besi ini untuk perkara-perkara syirik pada Allah. Ini amatlah ditegah dan bercanggah dengan konsep perubatan Islam. Pemujaan keris dan batu cincin tidak boleh mengislamkan seorangpun manusia malah lebih menyesatkan aqidah. Oleh itu jika ada orang yang menjual batu ini dengan gambaran mistik "tinggalkan dia" dan jangan bersubahat dalam urusan dosa yang tidak berampun.

Selanjutnya

PBC KKAP OKTOBER 2009

Insya Allah...
PBC KKAP bg bulan OKTOBER 2009
Tempat: Sanctuary Resort, Kuantan
Tarikh: 10 dan 11 Okt 2009 (2hari 1 malam)
Bayaran: RM150/person

Tempat: Simpang Empat, Perak
Tarikh: 17 dan 18 Okt 2009
Bayaran: RM100/person

(termasuk penginapan,peralatan,makan dan sijil)
Untuk mendaftar, hubungi Ahmad Damanhuri: 013-9982098

Selanjutnya

Produk baru di pasaran

Alhamdulillah HPA telah mengeluarkan satu lagi produk baru iaitu King Salamon Oil Softgel.

Produk ini amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kadar kolesterol yang tinggi. Produk yang dihasilkan dari minyak ikan solomon ini amat terbukti melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kadar kolesterol ke paras normal. Ia juga sesuai untuk mereka yang mengadapi masalah diabetis, ghout, reumatik.

Kandungan: 60 biji

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 100
Sabah & Sarawak: RM125

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 80
Sabah & Sarawak: RM 100

Nilai Mata (NM): 15

Selanjutnya

PEMBUKAAN RFC KLUANG


Syukur Alhamdulillah, Restoran makanan segera Radix Fried Chicken (RFC) Kluang kini sedang didalam proses terakhir sebelum diibuka kepada umum yang dijangka pada 24 Oktober ,InsyaAllah. Persiapan telah hampir siap dan team RFC HQ kini telah mula mengatur kerja dan shif. Sebenarnya mereka telahpun membuat kursus RFC dan kursus Penghayatan HPA sebulan yang lepas bagi persiapan ini. Namun begitu membuka RFC bukan hanya kepada kedainya sahaja tetapi menguruskan semua keperluan yang terlibat.

Tarikh cadangan awal telah di tukar ke tarikh ini bagi menyempurnakan semua persiapan yang diluarjangka. Semoga warga HPA selatan akan menjadi juru bicara kepada produk unggul kita dipasaran makanan segera. Amin.

Sumber: Blog HPA Training, IT dan Multimedia

Selanjutnya