Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Sunday, November 8, 2009

SUASANA PBC KKAP NOVEMBER 2009

Barisan Kepimpinan KKAP yang turut menjayakan program


Alhamdulillah, bertemu lagi dalam entri yang seterusnya. Program PBC baru sahaja berakhir petang tadi. Dalam kepenatan, semangat perjuangan ini masih tetap utuh dan membara.




Kami selaku AJK dan barisan kepimpinan KKAP yang menganjurkan PBC kali ini sangat gembira dan berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh semua peserta. Peserta-peserta kali ini kami lihat begitu teruja dengan ilmu-ilmu yang diperoleh sepanjang program 2 hari 1 malam ini.



Satu kelainan di PBC kali ini, kami menyediakan pemeriksaan mata bercetak kepada peserta-peserta untuk membantu mereka dalam pelajaran Iridologi. Justeru mereka dapat menilai masalah diri sendiri disamping mempelajari ilmu tersebut. Kami juga menyediakan nota-nota pembelajaran untuk membantu kefahaman peserta.

Berdasarkan maklum balas dari peserta, mereka nampaknya berpuas hati dengan program PBC kali ini. Program berakhir dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta-peserta kursus dan majlis bersurai sekitar jam 4.30 petang.

Barisan kepimpinan KKAP mengucapkan syukran jazilan kepada semua yang turut menjayakan program 2 hari 1 malam ini. Semoga Allah memberkati majlis kita dan semoga kita bertemu lagi pada PBC yang akan datang, 12 & 13 Disember 2009.

No comments:

Post a Comment