Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Saturday, August 21, 2010

BUAH TANGAN RAMADHAN DARI KELAB KEPIMPINAN ALWAHIDA PAHANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah, sedar tidak sedar kita telahpun memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Masih tidak terlalu lewat untuk kami mengucapkan selamat mengimarahkan penghulu segala bulan yang kita tunggu-tunggu ini. Tibanya Ramadhan kali ini, juga merupakan tanda aras usia blog ini dilancarkan (1 tahun) iaitu pada bulan ramadhan tahun lalu. Pada tahun yang lepas, kita telah berkongsi beberapa tips berpuasa dengan HPA. Dalam mengerjakan ibadah puasa, kita masih boleh mengekalkan pengambilan makanan kesihatan seperti biasa, cuma dos dan waktu pengambilan perlulah di 'adjust' untuk membolehkan kita menjalankan ibadah puasa tanpa mudharat. artikel yang lepas bolehlah dirujuk [disini].

Pada tahun ini, KKAP ingin berkongsi beberapa tips penting lain yang menjadi amalan Rasulullah ketika menjalani ibadah puasa sepanjang hari di bulan Ramadhan. Antara tips yang penting perlu dititikberatkan ialah pengambilan makanan pada waktu sahur dan waktu berbuka puasa.

Bulan Ramadhan sangat dikenali umum dengan bulan pesta ibadah. Setiap perlakuan baik yang kita lakukan bukan sahaja diberi ganjaran pahala yang berlipatganda dari Allah, tetapi sebenarnya menjana kesihatan tubuh yang berpanjangan.

Contoh amalan Rasulullah yang semakin kita lupakan ialah menjamah kurma dan air dicampur madu ketika berbuka puasa dan terus menunaikan solat maghrib sebelum makan malam. hikmah pengambilan makanan dalam kuantiti yang sedikit ketika berbuka puasa adalah untuk mengelakkan berlaku masalah perut lemah kerana terpaksa memproses makanan dalam kuantiti yang banyak sedangkan ketika itu perut tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk bekerja. Pengambilan kurma dan air madu misalnya, membekalkan tenaga segera kepada tubuh selain tidak membebankan perut untuk memproses makanan. ia malahan membantu sistem pencernaan untuk berfungsi dengan lebih baik apabila menerima makanan berat kerana kurma merupakan buah yang paling tinggi kandungan seratnya berbanding buah dan sayur serta makanan lain. Manis buah kurma adalah sumber glukosa dimana glukosa merupakan tenaga segera kepada tubuh yang lemah. tenaga segera disini bermaksud, gula dalam kurma tidak perlu diproses dan terus dapat digunakan oleh tubuh sebagai tenaga.

selain itu, banyak lagi amalan Rasulullah pada bulan ramadhan yang memberikan hikmah dan kebaikan kepada kita seperti melewatkan waktu sahur dan mengawalkan berbuka puasa, menjalankan tadarus dan menambah ilmu agama. setiap kebaikan yang kita lakukan akan diganjarkan pahala berlipatganda dari Allah S.W.T.
selamat menjalani ibadah puasa dan selamat mengejar maghfirah Allah di pertengahan bulan ini. Wallahua'lam.

Selanjutnya