Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Thursday, December 17, 2009

Perjuangan Salahuddin Al-Ayubi


"sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia!"-Solahuddin-

sempena tahun baru hijrah ini suka penulis berkongsi kisah perjuangan seorang tentera Allah yang namanya sangat masyhur di persada perjuangan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Penulis baru selesai membaca kisah perjuangan ini secara dekat, dari novel sejarah Islam, 'Salahudin Ayubi' Penakluk Jerusalem karangan Abdul Latip Talib. Tak rugi membeli buku ini kerana begitu banyak khazanah tersimpan yang perlu dihayati oleh kita masyarakat Islam masakini.
Salahudin insan contoh seperti tokoh-tokoh Islam lain, yang membawa corak acuan akhlak Rasulullah. Sejak kecil beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran golongan bangsawan, walaupun tidak menunjukkan tanda-tanda akan menjadi seorang pahlawan Islam yang hebat. Beliau hanya berminat berbual mengenai jihad ataupun bercerita kehebatan pahlawan-pahlawan Islam pada zaman Rasulullah sehingga jiwanya penuh dengan semangat ingin berjuang merebut kembali masjidil Aqsa dari tentera salib.

Jalan cerita ini disusun semula dengan begitu indah, sehingga siapa sahaja yang membacanya pasti akan merasa seperti sedang menyaksikan keagungan Islam yang tertegak selepas sultan Salahudin memerintah Mesir sehingga Jerusalem (Palestin) dibebaskan dari tangan tentera salib. Nama beliau begitu digeruni dan dihormati musuh sehingga mereka sanggup berundur jika tentera Salahudin mara. setiap perancangan dan tindakan beliau dalam peperangan sentiasa mencontohi perlakuan Rasulullah dari menyusun strategi peperangan sehingga menghakimi tawanan perang. Berkat kesabaran dan ketaqwaan beliau, Allah menurunkan tentera dari langit untuk bersama-sama dalam peperangan yang diketuainya. Dan akhirnya beliau berjaya memenuhi kehendak jiwa Islamnya yang ingin Palestin menjadi milik Islam semula.

Cubalah dapatkan buku ini di mana-mana toko buku berhampiran anda. tamatkan pembacaan anda dan serapkan semangat juang sultan Salahuddin ke dalam jiwa anda pejuang-pejuang HPA dan seluruh pejuang Islam!
Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment