Disclaimer

Blog ini merupakan BLOG RASMI KELAB KEPIMPINAN AL-WAHIDA PAHANG dan tidak dipunyai oleh individu. segala maklumat didalam blog ini adalah hak cipta terpelihara melainkan yang diambil dari blog lain, akan dikredit kepada pemilik blog. Maklumat didalam blog ini boleh diambil dan disebarkan dengan syarat ianya disertakan dengan alamat blog untuk rujukan. Sebarang maklumat yang hendak dikongsi boleh emailkan kepada kelabkepimpinan_alwahidapahang@yahoo.com dan artikel akan dikredit atas nama anda.
Sebarang teguran adalah dialu-alukan.
Harap maklum.

Follower

Tuesday, December 29, 2009

Malam Satu Mimpi


TAWARAN HEBAT: 36 BOTOL BESAR UNTUK 1 KUPON PERCUMA!!!

Persembahan konsert HPA Raihan yang dikenali sebagai "Malam satu Mimpi" akan diadakan tidak lama lagi. Tiket-tiket akan dijual dengan harga rm30 dan boleh dibeli di cawangan-cawangan HPA mulai 15 januari 2010. Malam satu Mimpi (MSM) mengajak seluruh ahli HPA ataupun bukan ahli bagi menikmati persembahan nasyid dari kumpulan Raihan dan pembacaan puisi-puisi HPA bagi tujuan mengumpul dana untuk "Tabung kemanusiaan Palestin".

Tiket masuk juga boleh diperolehi dengan membeli 36 botol minuman air berkabonat HPA spt cola Radix botol besar. (dalam satu invoice) dan akan mendapat 1 kupon masuk percuma. Pembelian tidak ada had dan bermula pada 1 januari hingga akhir Februari.

Persembahan ini akan dibuat di lima zon (utara,tengah,selatan,timur dan Borneo) pada masa yang akan di tentukan nanti . Disamping itu pehak AWM juga menyediakan cabutan-cabutan bertuah pada malam tersebut. InsyaAllah.

Selanjutnya

Riak Memusnahkan Pahala


sifat riak yang sukar ditapis dari dalam hati

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."


kadang-kadang kita dikelirukan oleh syaitan hingga merasa riak atas amalan yang kita lakukan...nauzubillah...

Selanjutnya

Kursus Pembetulan Tulang Belakang (PBT)



Tarikh: 19, 20 dan 21 Jan 2010
Lokasi: Perlis
Terhad kepada 50 peserta sahaja.
Kos: RM 200(termasuk lawatan ke Taman Herba Perlis)
Yang berminat sila hubungi Pengurus Zon dengan seberapa segera.

Untuk maklumat berkaitan kursus serta borang penyertaan sila klik di sini (Download)

(sumber: Blog HPA Training, IT & Multimedia)

Selanjutnya

2M

Kita sering terlupa bahawa ginjal merupakan salah satu organ yang penting dalam penjagaan kesihatan. Lihat sahaja kepada mereka yang menggunakan mesin hemodilisis terpaksa tidur menghabiskan masa 4 jam untuk sekali proses rawatan. Jika seminggu 3 kali bererti sepanjang hidupnya terpaksa menghabiskan 12 jam berbaring dalam keadaan suka ataupun tidak. Jadi tidak salah jika HPA ingin mengemukakan beberapa jenis herba yang telah terbukti keberkesanannya pada mereka yang tergantung hidup dengan mesin selama ini.

Kapsul Malac dibuka (3 X 3) dan dimasukan kedalam gelas yang mengandungi air panas. Kacau hinggga ia benar-benar larut dan tunggu hingga berlaku mendapan hampas di bawah gelas. Ambil airnya sahaja(hampas ditinggalkan) dan campur dengan madu lebah 1 sudu teh kecil. Minum 3 kali sehari'. Jangan lupa lakukan bekam di titik ginjal (kedua belah)dan di titik tengah tulang c 7. InsyaAllah dalam masa terdekat kekerapan melakukan hemodilisis akan semakin berkurangan.


Klik untuk besarkan. rujuk untuk lihat tulang c7

(sumber: blog JawiMedHerb)

Selanjutnya

Talasemia


Talasemia diwarisi...


Bentuk sel darah merah bagi pesakit talasemia

Sekarang banyak sekali pertanyaan yang dikemukakan tentang penyakit telesemia. Herba yang terbaik ialah deep cleansing dan shark cartilage. Herba hijau memang tidak bagitu sesuai dengan penyakit ini kerana mengandungi zat besi yang tinggi. Kaedah lain ialah melalui berbekam yang dilakukan pada titik limpa dan hati. Talasemia akan menyebabkan kekurangan darah dan terpaksa memasukan darah dari masa kesemasa. Jangan beri herba seperti spirulina,kurma ,bayam dan lain-lain lagi kerana ini akan menyebabkan penyakit menjadi makin parah, hati dan limpa juga akan turut membengkak.


Bernama, 7 mei 2006

(Sumber: JawiMedHerb blog)

Selanjutnya

Wednesday, December 23, 2009

sajak Inilah Jalan Kami

Inilah jalan Kami
kalau hidup panjang kita terus berjuang
kalau kita mati..
ada orang yang akan teruskan

hidup dan mati..
bukan kita yang tentukan
pada orang dikasihi
tiba-tiba dipanggil kembali
sudah tentu hati menanggung hiba
tetapi ...
bercerai kasih bertalak tidak.

urusan dagang ini
bukan dagang sebarangan
untuk memenuhi kehendak yang tidak puas
tapi dagangan ini membawa risalah
berita gembira dari al furqan

kita yang bermukim didaerah ini
barakahnya bukan dari sebab diri sendiri
telah terbukti pengorbanan
telah teruji kesetiaan
baru turunnya pertolongan.

lihatlah...sudah ramai yang datang kesini
tetap tabah sampai menemui mati
tidak berubah hati dan kesetiaan
miskipun dipujuk rayu kesenangan.
bukan...
bukan itu yang mereka cari
bukan wang berjuta dan emas segunung
tapi air kehidupan yang ingin diteguk
dari telaga kausar untuk umaat Nabi

bertahanlah kita disini
biarpun dingin membekukan tulang dan jemari
besok ada berita yang dinanti
musim bunga yang indah
keharumannya melata disetiap inci bumi.

-Ismail bin Ahmad-

Selanjutnya

Thursday, December 17, 2009

Perjuangan Salahuddin Al-Ayubi


"sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia!"-Solahuddin-

sempena tahun baru hijrah ini suka penulis berkongsi kisah perjuangan seorang tentera Allah yang namanya sangat masyhur di persada perjuangan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Penulis baru selesai membaca kisah perjuangan ini secara dekat, dari novel sejarah Islam, 'Salahudin Ayubi' Penakluk Jerusalem karangan Abdul Latip Talib. Tak rugi membeli buku ini kerana begitu banyak khazanah tersimpan yang perlu dihayati oleh kita masyarakat Islam masakini.
Salahudin insan contoh seperti tokoh-tokoh Islam lain, yang membawa corak acuan akhlak Rasulullah. Sejak kecil beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran golongan bangsawan, walaupun tidak menunjukkan tanda-tanda akan menjadi seorang pahlawan Islam yang hebat. Beliau hanya berminat berbual mengenai jihad ataupun bercerita kehebatan pahlawan-pahlawan Islam pada zaman Rasulullah sehingga jiwanya penuh dengan semangat ingin berjuang merebut kembali masjidil Aqsa dari tentera salib.

Jalan cerita ini disusun semula dengan begitu indah, sehingga siapa sahaja yang membacanya pasti akan merasa seperti sedang menyaksikan keagungan Islam yang tertegak selepas sultan Salahudin memerintah Mesir sehingga Jerusalem (Palestin) dibebaskan dari tangan tentera salib. Nama beliau begitu digeruni dan dihormati musuh sehingga mereka sanggup berundur jika tentera Salahudin mara. setiap perancangan dan tindakan beliau dalam peperangan sentiasa mencontohi perlakuan Rasulullah dari menyusun strategi peperangan sehingga menghakimi tawanan perang. Berkat kesabaran dan ketaqwaan beliau, Allah menurunkan tentera dari langit untuk bersama-sama dalam peperangan yang diketuainya. Dan akhirnya beliau berjaya memenuhi kehendak jiwa Islamnya yang ingin Palestin menjadi milik Islam semula.

Cubalah dapatkan buku ini di mana-mana toko buku berhampiran anda. tamatkan pembacaan anda dan serapkan semangat juang sultan Salahuddin ke dalam jiwa anda pejuang-pejuang HPA dan seluruh pejuang Islam!
Wallahua'lam.

Selanjutnya

Salam Ma'al Hijrah





Assalamualaikum kepada semua sahabat seperjuangan dan pengunjung-pengunjung blog. Terima kasih atas sokongan kalian hingga HPA dapat terus maju langkah demi langkah hingga mencapai kejayaan seperti sekarang. Sedar tak sedar, tahun Islam hijrah 1430 telah sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah kita masih diberi peluang melangkah ke tahun baru dengan azam dan semangat tinggi menjuangkan Islam dari sudut ekonomi bersama-sama HPA. Semoga dengan tahun yang semakin menginjak ke penghujungnya ini, amalan kita sepanjang tahun ini diterima oleh Allah hendaknya, dan semoga diberi peluang meneruskan amalan dan perjuangan kita pada tahun hadapan. Barakallahu fii kum. Doakan semoga tahun yang akan pergi ini penuh dengan keberkatan dan tahun yang mendatang ini penuh dengan kesyukuran. Wallahua'lam.

Selanjutnya

Insentif ta'awun 2010


KPJ dan Pelancaran Insentif Ta’awun 2010 oleh PU
Pada : 23hb Dec 2009
Oleh: Tuan Haji Ismail Bin Ahmad
(Pengarah Urusan HPA)
Daftar : 8 Malam Tempat : Hotel De Palma, Ampang, Selangor
(PERCUMA)
Lanjut : Zon Tengah: 055292717 / 0193835797(farah) / 0139299944(hotline)



Maklumat Insentif KONVEK 2010

KONVEK 2010: Insentif Ta’awun 2010

Pemulaan bulan insentif: Dis 2009 Penamat bulan insentif: Sept 2010

MATLAMAT
• Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
• Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
• Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)

SYARAT
• Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )
• Bagi semua kategori

JANGKAAN TARIKH KONVEK
• Disember 2010
• Lokasi akan diumumkan kemudian

INSENTIF
Katagori Pertama
• Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia.
• Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif.
Atau
• Melakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif
• Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan.

Hadiah pasti adalah
1) 200-299 nm atau akumulasi 2000-2999.99 – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah
RM300 .00
2) 300 keatas atau akumulasi 3000 dan keatas – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM 500.00
Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik –jenis pensonic
Grand Prize – 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00

Kategori Kedua

• Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)
• Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM
• Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke Atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).
Insentif merupakan pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya.
Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia(Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya.

Kategori Ketiga

• Terbuka kepada Pengarah Jati dan keatas
• Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM
• Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif.(dis 09 – sept 2010)
• PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000(Malaysia) dan Rp3juta(Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)
• PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbeza
Insentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut
Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
Mencapai 5 Pemgarah Jati : Umrah (berdua)
Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)

Katagori Keempat

• Melakukan maintain 200 atau akumulasi 2000 NM
• Pengiraan bonus adalah di jumlahkan kepada purata perbulan.
1. Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia(tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 60 ribu .
2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 40 ribu

*PASTIKAN SEMUA BERPELUANG UNTUK MENIKMATI INSENTIF YANG LUAR BIASA.

GEMPUR RADIX



Selanjutnya

KPJ HPA di Kuantan


nie buku teks untuk hadiri Kuliah Perubatan Jawi tau...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah saya masih diberi peluang menjenguk blog yang agak lama tertinggal. Sekadar pengumuman kepada semua penyokong dan pendokong HPA yang berada di Kuantan, Insya Allah Kuliah Perubatan Jawi siri yang seterusnya akan diadakan di Hotel Vistana Kuantan, iaitu pada 24 Disember 2009 bertajuk "HERBA MENGUASAI DUNIA". Semua dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis ilmu ini disamping menambah ilmu pengetahuan berkaitan herba. sebarang kemusykilan boleh merujuk terus kepada pengurusan Cawangan HPA kuantan 1 dan 2. harap maklum.

Selanjutnya